Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak yang dikatakan mengadakan program di masjid dan surau atas tiket politik.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata siasatan itu selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkara tersebut.
"Siasatan dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran Agama dan Dakwah 2013 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 dan penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan,' katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada Ahad, Sultan Nazrin menitahkan supaya JAIPk menyiasat tiga program di masjid dan surau di negeri ini, yang dianjurkan atas nama parti politik, serta penyampaian ceramah agama oleh penceramah yang tidak bertauliah.
Program itu ialah di Masjid al-Khairiah, Kampung Banjar Hilir, Teluk Intan pada 21 Mei, Surau Al-Ittihad Kampung Temiang di sini pada 24 Mei dan di Surau Diri Jumaat Al-Taufiqiah Taman Klebang Prima, Chemor, pada 22 Mei.
Baginda turut menitahkan Mohd Yusop melakukan siasatan lengkap ceramah berkenaan untuk dipersembahkan kepada baginda.
Mohd Yusop berkata, siasatan itu juga sebagai suatu bentuk peringatan kepada semua pihak terbabit agar mematuhi peraturan yang ditetapkan sudah sekian lama tetapi pihak berkaitan mengambil sikap tidak peduli terhadap undang-undang itu.
BACA: Perak larang guna imam luar negara untuk solat Tarawih
Pada masa sama, katanya, JAIPk juga akan menyiasat aduan mengenai pelanggaran arahan agar semua masjid dan surau mengadakan solat tarawih 20 rakaat, tidak mengadakan program tazkirah di pertengahan solat serta tidak menjemput imam luar Perak.
"Kami harap semua masjid dan surau mematuhinya walaupun mungkin ada yang mengatakan ramai jemaah meninggalkan masjid selepas lapan rakaat tetapi arahan mengatakan perlu buat 20 rakaat adalah kepada institusi, bukan kepada makmum," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 27 2019
Mohd Yusop berkata, siasatan itu juga sebagai suatu bentuk peringatan kepada semua pihak terbabit agar mematuhi peraturan yang ditetapkan sudah sekian lama tetapi pihak berkaitan mengambil sikap tidak peduli terhadap undang-undang itu.
Israel tahan Pengarah Hospital Kamal Adwan
Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan tentera Israel menahan pengarah sebuah hospital di utara, yang mana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dihentikan operasinya akibat serangan udara Israel.
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.
Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025 setelah kategori 61kg yang disertainya sebelum ini tidak lagi dipertandingkan.
Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Anggota penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan turun padang dan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas syarikat peraih buah sawit bermula awal 2025 dalam memastikan ketepatan timbangan demi melindungi kepentingan pekebun kecil
Lelaki ditahan sehari selepas curi set penghawa dingin kediaman
Tindakan berani seorang lelaki memecah pagar dan menceroboh sebuah rumah di Taman Nesa, Skudai untuk mencuri set penghawa dingin, berakhir apabila dia berjaya ditahan polis sehari selepas kejadian.
Ribuan pelancong, masyarakat pelbagai kaum meriahkan Perarakan Chingay Pulau Pinang
Walaupun Chingay amat sinonim dengan kaum Cina, namun pesona seni itu turut menarik penyertaan pelbagai kaum termasuk orang Melayu dan India di Pulau Mutiara itu.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk
Kesihatan dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas semakin pulih.
AWANI Ringkas: Lagi perusuh diburu polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.
Sultan Pahang berkenan rasmi Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang.
Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih di seluruh masjid dan surau pada Ramadan tahun ini.
JAIPk buka kertas siasatan program politik di masjid, surau
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata siasatan itu selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkara tersebut.