IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan pembukaan lebih banyak ruang untuk mendirikan solat dari ruang utama kepada seluruh kawasan bagi masjid, surau diri Jumaat dan surau, berkuat kuasa esok.
Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan daripada Jabatan Kesihatan negeri dan Majlis Keselamatan Negara.
"Kebenaran ini diberikan kepada mana-mana masjid, surau diri Jumaat dan surau yang mempunyai ruang utama solat yang kecil sehingga tidak mampu untuk menampung kepadatan jemaah yang hadir," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 8 Julai tahun lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini menerima jemaah mengikut keluasan dewan solat dengan pematuhan jarak fizikal yang ditetapkan.
Kebenaran melibatkan semua solat fardu, solat Jumaat dan solat jenazah itu adalah selari dengan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berfasa yang diumumkan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
JAIPk membenarkan pembukaan lebih banyak ruang untuk mendirikan solat dari ruang utama kepada seluruh kawasan bagi masjid, surau diri Jumaat dan surau, berkuat kuasa esok. - Gambar hiasan
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
JAIPk benar perluas ruang solat di masjid, surau, bermula esok
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan pembukaan lebih banyak ruang untuk mendirikan solat dari ruang utama kepada seluruh kawasan bagi masjid, surau diri Jumaat dan surau, berkuat kuasa esok.