Warisan budaya Melayu Islam perlu dikekalkan dalam pembangunan Kampung Baru bagi mewujudkan 'Bandar Melayu' di ibu kota.
Presiden Pertubuhan Pemilik dan Waris Tanah Kampong Bharu (PPWT) Mashuti Mat Soom berkata 'Bandar Melayu' itu boleh menjadi hab budaya Melayu bertaraf antarabangsa dan berupaya menarik kedatangan pelancong asing.
"Kampung Baru merupakan satu-satunya kawasan perkampungan Melayu yang berusia lebih 100 tahun dan masih mengekalkan identiti budaya Melayu.
"Seperti mana yang ada sekarang di Jalan Petaling yang melambangkan budaya Cina dan 'Little India' untuk budaya India, kami juga mahu satu 'Bandar Melayu' diwujudkan bagi melambangkan identiti Melayu Islam di tengah-tengah pembangunan pesat ibu kota," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
PPWT turut mencadangkan Garis Panduan Seni Bina Melayu Islam dalam Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Bharu (PITPKB) dirujuk oleh mana-mana pemaju Bumiputera Melayu yang terlibat dalam membangunkan Kampung Bharu.
"Mereka disaran menjadikan 67 kriteria dalam garis panduan itu sebagai rujukan kepada pembangunan Kampung Baru yang bermula daripada jajaran Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Muda Abdul Aziz sehingga ke Jalan Tun Razak," katanya.
Mashuti berkata pertubuhan itu mendapati ada beberapa pelan pembangunan Kampung Baru yang dibentangkan oleh syarikat pemaju baru-baru ini, tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.
"Penduduk-penduduk di Kampung Baru tidak membantah pembangunan, cuma pada masa yang sama mahu identiti budaya Melayu sama ada dari segi reka bentuk bangunan, kemudahan dan program rukun tetangga seperti gotong-royong dan kenduri-kendara dikekalkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2016
Kampung Baru merupakan satu-satunya kawasan perkampungan Melayu yang berusia lebih 100 tahun dan masih mengekalkan identiti budaya Melayu. - Gambar fail
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Jadikan Kampung Baru sebagai 'Bandar Melayu' di ibu kota - PPWT
Warisan budaya Melayu Islam perlu dikekalkan dalam pembangunan Kampung Baru bagi mewujudkan 'Bandar Melayu' di ibu kota.