ASEAN perlu kekal sebagai pemain utama dalam membawa negara-negara besar dunia ke dalam dialog pembinaan ekonomi yang membawa faedah kepada negara serantau.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun dikritik, ASEAN selama ini tetap dikenali kerana faktor keamanan dan kestabilannya.
"Tugas di hadapan kita adalah untuk menjadikan kejayaan ASEAN yang lebih besar dengan pelancaran ASEAN Community 2015 dan mulai sekarang negara-negara ASEAN perlu memastikan bahawa masyarakat mereka menikmati lebih kemajuan daripada limpahan pembangunan ekonomi.
"Kita boleh menjadikan usaha ini sesuatu yang serius dan bersepadu dalam mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin, kita semua perlu berusaha untuk memberikan pendidikan dan peluang yang lebih baik kepada golongan belia pada masa akan datang," katanya semasa ucap utama forum meja bulat Komuniti ASEAN 2015 dan masa depan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR).
Forum dua hari yang turut disertai 10 peserta negara ASEAN itu membincangkan agenda masa depan semasa ASEAN dalam aspek ekonomi, politik, budaya, pendidikan, media sosial dan isu pendatang.
Perasmian penutup akan disempurnakan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Malaysia mula memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN selepas Myanmar menamatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 31 Disember lalu.
Dengan pelantikan sebagai Pengerusi ASEAN yang baharu, Kuala Lumpur akan menjadi hos kepada pelancaran Komuniti ASEAN yang akan dilancarkan pada November ini.
Dalam ucap utama Kolokium Kebangsaan Mengenai Kepengerusian ASEAN di Kuala Lumpur pada tahun 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai detik bersejarah selain hasil kerja keras lima tahun oleh 10 negara ASEAN untuk membentuk komuniti berteraskan rakyat dengan moto 'Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti'.
Wan Syamsul Amly
Sat Oct 03 2015
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (kiri) bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Kajian Dasar Luar (FPSG) Datuk Mohd Redzuan Kushairi (kanan) pada Forum Meja Bulat 'ASEAN Community 2015 and Beyond'. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
'Integriti pemimpin jamin kejayaan negara' - Sultan Nazrin
Integriti, kejujuran dan moral seseorang pemimpin menjadi asas utama kelangsungan dan kejayaan sesebuah negara.
Saya tidak rasa maruah Melayu tercabar - Pak Lah
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi turut menafikan kewujudan konsep rasisme dalam Islam.
PMO: Mengapa Dr Mahathir tidak disebut dalam artikel dakwaan rasuah media Australia?
Skandal rasuah didakwa berlaku ketika tempoh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mengapa beliau tidak dikaitkan langsung dalam laporan media Australia berkenaan?
Tempoh 'perbincangan senyap' sudah berlalu - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tempoh 'perbincangan senyap' sudah berlalu.
Australia peroleh perintah larangan untuk tidak lapor kes rasuah libatkan Malaysia
Australia telah memperoleh perintah larangan untuk melarang mana-mana pihak di Australia daripada melaporkan tentang satu kes rasuah antarabangsa.
BN boleh menang DUN Kajang - Abdullah
BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang, katanya.
Kenyataan media Tun Abdullah mengenai "Awakening"
Berikut adalah kenyataan media penuh oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung buku "Awakening" yang mendapat liputan meluas media dan reaksi.
Pak Lah jawab isu buku 'Awakening'
Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".
Abdullah sokong dua jawatan tertinggi Umno tidak dicabar
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyokong cadangan "tiada pertandingan" untuk jawatan presiden dan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti nanti.