KUALA LUMPUR:Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak terlibat dalam aktiviti kawal selia pengimportan daging dan produk daging di pintu masuk negara.
Dalam satu kenyataan semalam, DVS memaklumkan dasar pengimportan daging dan produk daging sedia ada menjamin dan memastikan kualiti, keselamatan dan status halal bagi penggunaan rakyat Malaysia.
"Kelulusan import daging dan produk daging hanya dibenarkan dari sumber negara, loji pemprosesan dan rumah sembelihan yang telah dilulus dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia," jelasnya.
Menurut kenyataan itu, sebelum daging dan produk daging dibenarkan import, DVS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab dalam pemeriksaan di loji pemprosesan dan rumah sembelihan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan.
Pengauditan dan pemeriksaan loji pemprosesan dan rumah sembelihan di luar negara dijalankan berasaskan kod amalan standard yang ketat mengikut piawaian antarabangsa (MS 1540:2009: GMP, MS 1480:2009 HACCP, CoVP) meliputi kawalan penyakit haiwan dan zoonotik, katanya.
Menurut DVS, kelulusan dan pengiktirafan loji pemprosesan dan rumah sembelihan diberikan setelah Jawatankuasa Teknikal Penganugerahan Loji Luar Negara (JTPALLN) di peringkat DVS mendapati pihak berkenaan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pengesyoran oleh JTPALLN seterusnya dibawa ke peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jawatankuasa Kawalan Import Eksport Keluaran Pertanian (JKIEKP) MAFI yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MAFI menilai dan membuat keputusan untuk melulus atau menolak syor tersebut.
Pada 1 Dis, media melaporkan sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.
Kartel berkenaan dipercayai menjadikan sebuah gudang di Senai sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
DVS memaklumkan dasar pengimportan daging dan produk daging sedia ada menjamin dan memastikan kualiti, keselamatan dan status halal bagi penggunaan rakyat Malaysia.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza
Sukarelawan PRCS di Tebing Barat juga melakukan proses penyembelihan dan pembungkusan daging sebagai persediaan untuk masuk ke Gaza.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kerajaan usaha tarik pelaburan asing, petani muda bagi tingkatkan pengeluaran daging
Pada masa ini negara hanya mampu menghasilkan sekitar 250,000 tan metrik daging setahun dan jumlah itu masih tidak mencukupi untuk penggunaan domestik.
1 maut, 85 dijangkiti antraks di Yogyakarta, Indonesia
Seorang disahkan meninggal dunia akibat antraks dan 85 yang lain didapati dijangkiti selepas mereka memakan daging yang dijangkiti di wilayah Yogyakarta, Indonesia, kata pihak berkuasa tempatan pada S
Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging
Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.
Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor
Penyerahan membabitkan 34 karton daging kerbau sejuk beku dari India dengan nilai anggaran RM11,710.37 yang didapati tidak mematuhi prosedur pengimportan melalui Pelabuhan Klang Barat.
JPV Perak nafi keluar larangan beli daging ekoran penyakit lembu
JPV Perak tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kononnya melarang pembelian daging ekoran penyakit lembu.
Menjelang Aidilfitri: Kerajaan teruskan pelaksanaan harga maksimum daging lembu tempatan - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penetapan harga siling berkenaan iaitu RM34.00 sekilogram, dibuat secara seimbang hasil daripada kajian menyeluruh di semua peringkat.
Tiada pencemaran COVID-19, Malaysia tidak sekat daging India
Malaysia belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan produk berasaskan makanan dan ternakan yang dimport dari India kerana tiada kontaminasi jangkitan COVID-19 dilaporkan.