KUANTAN: Jabatan Perikanan Malaysia melancarkan kempen 'Laut Bebas Plastik' dalam usaha memastikan perairan negara ini bebas daripada bahan tersebut yang mampu menjejaskan jumlah dan kualiti tangkapan hasil laut nelayan.
Ketua Pengarahnya Mohd Sufian Sulaiman berkata usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan nelayan.
"Kita perlu menyelamatkan hidupan laut di perairan negara daripada memakan plastik yang dibuang ke laut kerana haiwan ini tidak hanya makan plastik besar tetapi juga mikroplastik.
"Apabila mikroplastik dihadam usus hidupan laut, rantaian terakhir ialah manusia yang akan memakannya yang dikhuatiri membawa kesan buruk kepada kesihatan untuk jangka masa panjang," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen itu di Pantai Sepat di sini hari ini.
Pada kempen itu, lebih 600 peserta daripada pelbagai agensi mengadakan aktviti berkaitan seperti gotong-royong membersihkan pantai dan penganjuran forum 'Laut Bebas Plastik' bagi memberi kesedaran berkaitan bahaya plastik kepada hidupan laut.
Mohd Sufian berkata, mereka juga akan merekodkan jumlah dan berat plastik yang dikumpul menerusi kempen yang dijalankan seluruh negara supaya data tepat berkaitan usaha pemuliharaan ekosistem laut dapat diketahui.
Beliau berkata data itu boleh dijadikan rujukan dalam usaha mencari pendekatan lebih berkesan bagi mengatasi masalah berkaitan pembuangan plastik di laut pada masa hadapan.
"Buat masa ini kita ada hampir 20,000 nelayan di seluruh negara yang dapat membantu kita mengumpul plastik yang dibuang di perairan negara.
"Kita juga akan pastikan mereka ini tidak membuang atau meninggalkan plastik di laut termasuk pukat dan tali yang digunakan ketika menangkap ikan kerana ini juga mengganggu ekosistem," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
![Jabatan Perikanan lancar kempen Laut Bebas Plastik Jabatan Perikanan lancar kempen Laut Bebas Plastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660897542_TBSAMPAH.jpg)
Manusia perlu menyelamatkan hidupan laut di perairan negara daripada memakan plastik yang dibuang ke laut. - Gambar hiasan/Unsplash
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
Tumpuan Rabu – 03 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710161740_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II
Kerajaan bersetuju membenarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengeluarkan e-Invois yang disatukan iaitu yang menggabungkan semua urus niaga jualan setiap bulan.
![SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
![Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719927009_AgendaAWANI.jpg)
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
![Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719931819_TBKhooYingHooi.jpg)
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Ying Hooi merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dilantik secara rasmi sebagai Anggota Dewan Penasihat Antarabangsa (IAC).
![Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719922608_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
![KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694504905_JohariGhanibahas.jpg)
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
![Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719930946_TBsprm.jpg)
Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM1 bilion membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang.
![Jabatan Perikanan lancar kempen Laut Bebas Plastik Jabatan Perikanan lancar kempen Laut Bebas Plastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660897542_TBSAMPAH.jpg)
Jabatan Perikanan lancar kempen Laut Bebas Plastik
Usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan nelayan.