KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mula melaksanakan Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) mulai Jumaat sehingga 30 Sept 2022 melibatkan sebanyak 110,000 pertubuhan perniagaan seluruh Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata tujuan utama survei itu adalah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai ditambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi lima sektor ekonomi utama iaitu pertanian, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian, pembinaan dan perkhidmatan.
Maklumat-maklumat utama lain yang dikumpul ialah kesan pandemik COVID-19 terhadap pertubuhan perniagaan, ekonomi digital termasuk e-dagang, kemudahan pembiayaan, inovasi dan penyelidikan dan pembangunan, perlindungan alam sekitar dan persediaan industri ke arah teknologi dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), katanya.
"Data yang dikumpul ini akan dianalisis bagi membolehkan kerajaan membuat perancangan dan penggubalan dasar berasaskan fakta," katanya.
Menurut DOSM, dapatan survei ini juga boleh dijadikan input oleh kerajaan untuk menilai pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), terutamanya berkaitan memberi tumpuan untuk mengembalikan semula momentum pertumbuhan sektor ekonomi utama dan melonjakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi.
"Selain itu, ia juga akan digunakan untuk menstrukturkan semula ekonomi Malaysia sesuai dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) terutama bagi industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19," jelasnya.
Menurut jabatan itu survei akan dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan temu ramah bersemuka dan penghantaran borang soal selidik melalui pos dan e-mel.
DOSM turut memperkenalkan 'e-AES', supaya responden boleh mengisi maklumat secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi bersemuka antara pegawainya dengan responden yang seterusnya dapat membendung penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
![Jabatan Perangkaan laksana survei ekonomi tahunan 2022 hingga 30 Sept Jabatan Perangkaan laksana survei ekonomi tahunan 2022 hingga 30 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650040220_TBjabatanperangkaan.jpg)
Dapatan survei ini juga boleh dijadikan input oleh kerajaan untuk menilai pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara - DOSM Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647867776_IbuBersalin.jpg)
Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara - DOSM
Landskap kesuburan Malaysia telah mengalami perubahan ketara dengan penurunan daripada 4.9 anak pada 1970 kepada 1.6 anak pada 2022.
![Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715574193_penganggurjpg.jpg)
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
![600,000 penjawat awam selesai daftar PADU - Ketua Perangkawan 600,000 penjawat awam selesai daftar PADU - Ketua Perangkawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707383651_TBDATUKSERIDRMO.jpg)
600,000 penjawat awam selesai daftar PADU - Ketua Perangkawan
Sebanyak 600,000 penjawat awam di bawah agensi kerajaan pusat telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam.
![Indeks Pelopor Malaysia susut 0.2 peratus pada November 2023 - Jabatan Perangkaan Indeks Pelopor Malaysia susut 0.2 peratus pada November 2023 - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704860822_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Indeks Pelopor Malaysia susut 0.2 peratus pada November 2023 - Jabatan Perangkaan
IP Malaysia mencatat penurunan 0.2 peratus kepada 109.8 mata pada November 2023 berbanding 110.0 mata bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
![Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023 Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698831714_GenericBaby.jpg)
Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023
Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 2.8 peratus kepada jumlah 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun ini berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lepas.
![IPP Malaysia memulih kepada 0.7 peratus pada Julai 2023 - Jabatan Perangkaan IPP Malaysia memulih kepada 0.7 peratus pada Julai 2023 - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694417553_TBbnm.jpg)
IPP Malaysia memulih kepada 0.7 peratus pada Julai 2023 - Jabatan Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia memulih kepada 0.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Julai 2023, dirangsang oleh sektor perlombongan dan elektrik.
![Malaysia catat jumlah perdagangan RM222.1 bilion pada Jun 2023 - DOSM Malaysia catat jumlah perdagangan RM222.1 bilion pada Jun 2023 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670576831_TBbnm.jpg)
Malaysia catat jumlah perdagangan RM222.1 bilion pada Jun 2023 - DOSM
Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM222.1 bilion pada Jun 2023 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM124.0 bilion dan RM98.2 bilion.
![Kadar pengangguran Malaysia kekal 3.9 peratus pada Disember 2022 Kadar pengangguran Malaysia kekal 3.9 peratus pada Disember 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669365237_TBUZIR.jpg)
Kadar pengangguran Malaysia kekal 3.9 peratus pada Disember 2022
Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus pada Disember 2022 dengan bilangan penganggur menurun kepada 599,600 orang berbanding 600,900 orang pada bulan sebelumnya.
![Bilangan menurun, 43,934 pasangan bercerai tahun lalu - Perangkaan Bilangan menurun, 43,934 pasangan bercerai tahun lalu - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669365237_TBUZIR.jpg)
Bilangan menurun, 43,934 pasangan bercerai tahun lalu - Perangkaan
Jumlah kes perceraian di negara ini menurun 7.1 peratus daripada 47,242 kes pada 2020 kepada 43,934 tahun lepas, mengikut Stastistik Perkahwinanan dan Perceraian Malaysia 2022.
![Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 13.6 peratus pada Ogos 2022 Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 13.6 peratus pada Ogos 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665555817_TKRManufacturing.jpg)
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 13.6 peratus pada Ogos 2022
Pengembangan tersebut disumbangkan oleh masing-masing sektor pembuatan (15.2 peratus), elektrik (10.0 peratus) dan perlombongan (8.0 peratus).