KOTA BHARU: Proses untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini di peringkat pembentukan serta penyusunan semula.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata bagi peringkat awal, proses yang membabitkan bahagian kanak-kanak itu ketika ini diurus serta digerakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Memandangkan kita mempunyai JKM dan di bawah JKM, ada bahagian kanak-kanak maka Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dibangunkan daripada unit sedia ada di bawah JKM sebelum bahagian ini dijadikan secara rasmi sebagai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pada penghujung tahun 2025.
"Apabila jabatan ini diwujudkan kelak, ia akan menjadi agensi ketujuh di bawah KPWKM. Buat masa sekarang, kita menumpukan kepada proses mengemas kini selain melihat sekiranya ada keperluan untuk meminda Akta Kanak-Kanak," katanya.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata kewujudan jabatan itu penting memandangkan kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, penderaan dan pelbagai isu membabitkan golongan berkenaan semakin berleluasa.
"Sekarang kalau kita tengok peranan JKM lebih menumpukan kepada urusan kebajikan, bantuan selain turut menguruskan 10 kumpulan sasar termasuk wanita, keluarga, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.
"Namun apabila Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak ditubuhkan kelak, ia akan menfokus kepada kanak-kanak malah menerusi jabatan ini juga, segala urusan membabitkan kanak-kanak akan diletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan bukan lagi di bawah Ketua Pengarah JKM," katanya.
Beliau juga berkata untuk menguruskan jabatan berkenaan, pihaknya akan menggunakan kakitangan sedia ada di bawah JKM walaupun kementerian dibenar mengambil pekerja kontrak.
"Selagi tidak berdiri sendiri, kita akan mengunakan kakitangan yang sedia ada. Malah kita juga dibenarkan untuk melantik kakitangan kontrak iaitu dengan peruntukan seramai 224 orang setahun mengikut keperluan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aiman Athirah berkata KPWKM telah memperuntuk sebanyak RM202.8 juta untuk kebajikan rakyat negeri Kelantan tahun ini dan ia memberi manfaat kepada 48,000 penerima menerusi JKM.
"Menerusi peruntukan ini, sebanyak 80 peratus disalurkan secara terus sebagai bantuan kewangan yang meliputi bantuan kepada warga emas, OKU, OKU terlantar, OKU tidak bekerja, ibu tunggal dan sebagainya.
"Selain peruntukan yang diberikan, kerajaan negeri turut memperuntuk hampir RM24 juta pada tahun ini kepada JKM untuk melengkapi keperluan bagi menyantuni kebajikan masyarakat di Kelantan yang layak menerima," katanya.
Beliau berkata kementerian itu turut memperuntuk RM2.38 juta bagi pembinaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kelantan di Jalan Dusun Muda yang dijangka siap pada Ogos depan sebelum dapat berfungsi sebagai pusat agensi pelaksana program serta aktiviti perancangan keluarga.
"Setakat ini, sebanyak empat LPPKN telah siap dibina di seluruh negara iaitu di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka serta Selangor dan kementerian menyasarkan untuk mewujudkan pusat ini di setiap negeri kerana merasakan ia memberi manfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapat akses kepada kemudahan yang ditawarkan oleh LPPKN.
"Bagaimanapun, ia bergantung kepada peruntukan tahunan yang diperoleh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Aiman Athirah Sabu berkata bagi peringkat awal, proses yang membabitkan bahagian kanak-kanak itu ketika ini diurus serta digerakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Gambar fail/BERNAMA
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dilaksana secara berperingkat - Nancy
Penubuhan jabatan itu dianggarkan menelan belanja RM86 juta, dan sebahagian besar kos adalah untuk mengambil kakitangan baharu.