KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) memberi jaminan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan yang tular di media sosial hari ini.
Pengarah JKNP Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata punca kematian kanak-kanak itu yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penyakit lewat perkembangan dan congenital laryngomalacia juga masih dalam siasatan.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada 9.34 pagi hari ini selepas lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh bermula 12 Julai lepas.
"Kanak-kanak itu pada mulanya dibawa warisnya ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut di Bentong pada 11.30 pagi 12 Julai dengan gejala cirit-birit yang didakwa bermula sehari sebelumnya.
"Berdasarkan dokumentasi di klinik didapati pemeriksaan fizikal adalah normal dan tiada tanda pesakit mengalami dehidrasi dan telah dibenarkan pulang dengan rawatan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Dr Nor Azimi berkata waris kanak-kanak itu bagaimanapun telah membawanya ke klinik swasta pada hari sama dan diberi surat rujukan ke hospital, menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Bentong pada 4.20 petang 12 Julai lepas.
Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HoSHAS pada hari yang sama sebelum keadaan menjadi semakin kritikal selepas lima hari rawatan.
"Jabatan ini akan membuat siasatan dan mengambil tindakan lanjut. JKNP sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan perubatan kepada pesakit terjamin," katanya.
Terdahulu, status seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut tular di media sosial, meluahkan rasa marah dan terkilan terhadap rawatan diterima anaknya di sebuah fasiliti kesihatan kerajaan di Bentong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Pengarah JKNP Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata punca kematian kanak-kanak itu yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penyakit lewat perkembangan dan congenital laryngomalacia juga masih dalam siasatan. - Gambar fail/BERNAMA

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Jabatan Kesihatan Pahang sahkan satu kes batuk kokol di Rompin
Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) mengesahkan satu kes jangkitan Pertussis (batuk kokol) dikesan di Kampung Bahagia, Rompin dekat Kuantan.

Jabatan Kesihatan Pahang siasat kematian kanak-kanak lelaki OKU
JKNP memberi jaminan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan yang tular di media sosial hari ini.

Wanita dengan tag merah jambu di Temerloh tiada kaitan COVID-19
Wanita itu dipercayai singgah ke restoran itu bersama ahli keluarganya sebaik sahaja dibenarkan keluar.