PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyarankan agar Jabatan Bantuan Guaman tidak hanya menumpukan perkhidmatannya terhadap kes jenayah sebaliknya perlu turut memainkan peranan dalam kes lain.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di sini hari ini.
"Kita kena membuat perubahan dasar pada elemen berkaitan bantuan perundangan sivil dan bantuan perundangan jenayah... setakat ini, bantuan perundangan jenayah peranannya dimainkan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan," katanya.
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971 dan melaluinya, rakyat kurang berkemampuan berpeluang mendapatkan perkhidmatan pada kadar lebih rendah daripada pihak kerajaan sebagai alternatif kepada yang ditawarkan oleh peguam swasta.
Bidang kuasa JBG meliputi perkara seperti nasihat dan bantuan guaman dalam perihal prosiding (litigasi) jenayah serta sivil, kekeluargaan sivil dan kekeluargaan syariah.
Azalina juga berkata Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang dijangka dibentang dalam masa terdekat bakal memberikan takrifan baharu kepada elemen pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.
"Maknanya Parlimen itu akan bersifat dalam struktur lebih bebas walaupun pelaksanaannya mengambil masa tetapi pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta (Perkhidmatan Parlimen) ini adalah langkah pertama.
"Harapan saya, akta itu akan menjadi kenyataan tahun ini," katanya.
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenal bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih petugas dan mengawal perbelanjaannya namun ia telah dimansuhkan pada 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
![Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711974190_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
AZALINA: "Kita kena membuat perubahan dasar pada elemen berkaitan bantuan perundangan sivil dan bantuan perundangan jenayah." - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698053205_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina
Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG).