PUTRAJAYA: Jabatan Akauntan Negara (JANM) menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan laman web palsu https://telegroup.my.id/jawatanmalaysiaterkini-tdr bagi sistem eGUMIS.
JANM dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil semakan Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) JANM, url tersebut adalah "phishing website" atau laman web penipuan digital.
"Justeru orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati dengan memastikan melayari laman web sebenar bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di url https://egumis.anm.gov.my/," menurut kenyataan itu.
Semakan Bernama di url palsu itu mendapati laman web tersebut memaparkan tetingkap seakan-akan laman rasmi eGUMIS yang memerlukan pengguna memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
Menurut JANM orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak jabatan di talian 03-8000 1033 atau e-mel di korporat@anm.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

JANM dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil semakan Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) JANM, url tersebut adalah "phishing website" atau laman web penipuan digital. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

RM6.9 bilion wang tak dituntut, semak atas talian tahun depan - MOF
JANM wujudkan sistem semakan atas talian bagi memudahkan rakyat Malaysia, dan ia dijangka boleh diakses selewat-lewatnya awal tahun depan.