Penasihat Eksekutif Kandungan Agama dan Pegawai Khas Pengerusi Astro, Izelan Basar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah berkuat kuasa hari ini.
Alhijrah Media Corporation dalam kenyataan media di sini, berkata bekas penyampai berita ntv7 yang juga pengarang bilik berita itu menggantikan Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang tamat perkhidmatan pada 31 Mac.
Izelan, 57, mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran dengan penglibatan di saluran televisyen di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Indonesia dan Singapura.
Di Astro, beliau bertanggungjawab mewujudkan saluran gaya hidup muslim 24/7 Astro Oasis dan juga terlibat pada peringkat awal penubuhan TV Alhijrah, demikian menurut kenyataan itu.
Beliau turut mempunyai pengalaman luas dengan penglibatan hampir 22 tahun dalam bidang penyiaran dan merupakan perintis kepada program berunsur keagamaan dan ilmiah antaranya Pencetus Ummah, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Jemputan Umrah, Khabar Haji, Salam Muslim, Pelayaran Islamik dan Ustaz Kazim - Kalau Dah Jodoh.
Sebelum ini, Izelan pernah bertugas di Chase Manhattan Bank, Amanah Merchant Bank, Suruhanjaya Sekuriti, ntv7 dan perunding kepada kandungan politik Astro.
Bernama
Fri Apr 01 2016

Di Astro, beliau bertanggungjawab mewujudkan saluran gaya hidup muslim 24/7 Astro Oasis dan juga terlibat pada peringkat awal penubuhan TV Alhijrah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour
Malaysia Quran Hour yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ahad memasuki edisi keenam, dan dianjurkan setiap 30 Ogos sejak 2015.

Media sosial mula banjir dengan #PencetusUmmah
Mimbar Pencetus Ummah 2 bakal memulakan siarannya pada malam ini di Astro Oasis dan Astro Maya HD.