Selepas Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, NGO dan Ahli Parlimen turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penangkapan individu yang didakwa memuat naik komen yang menyinggung perasaan di media sosial.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang memuji kenyataan Tunku Azizah hari ini yang mendesak pihak berkuasa supaya membebaskan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath dan yang lain yang kini ditahan di bawah Akta Hasutan 1948, serta menyifatkan penangkapan itu sebagai 'tidak dapat dipertahankan'.
Khalid, 29, ditahan kira-kira jam 10.30 malam Jumaat di rumahnya di Klang oleh tiga orang pegawai dari unit D5 di Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) (b) kerana didakwa menghantar ciapan menghasut yang ditujukan kepada Tunku Azizah.
"Semua anggota polis dan kakitangan awam harus membiasakan diri dengan manifesto PRU ke-14 PH untuk mengetahui semangat, falsafah dan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun undang-undang dan dasar belum berubah supaya mereka tidak bertindak secara terbuka menentang ikrar PH untuk Malaysia Baharu," kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Lawyers of Liberty menyatakan kebimbangannya terhadap pengawalan keterlaluan terhadap catatan di media sosial yang menyentuh isu sensitif seperti perkauman, agama dan kerabat diraja dengan empat individu lagi ditangkap pada 11 Sept atas alasan membuat catatan sedemikian.
BACA: Polis buru individu hina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Twitter
BACA: Permaisuri Agong tutup akaun Twitter, netizen terkejut dan sedih
BACA: 'Patik minta ampun, patik derhaka...'
BACA: 'Our Queen is back!' - Netizen teruja Raja Permaisuri Agong kembali di Twitter
"Penangkapan ini adalah tindakan serius terhadap kebebasan bersuara kita yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah bahawa masalah itu ditambah lagi dengan undang-undang semasa dan sekatan terhadap kebebasan bersuara tidak ditakrifkan dengan jelas.
"Undang-undang tidak boleh dipakai semata-mata untuk melindungi perasaan dan sensitiviti orang terhadap media sosial kerana ia bukan sahaja penyalahgunaan kuasa tetapi juga tidak akan berkesudahan jumlah kes seperti itu.
"Sebaliknya, penyelesaian bukan undang-undang, seperti mendidik masyarakat tentang sempadan media sosial yang betul dan meningkatkan kesedaran tentang buli siber, akan lebih sesuai," menurut kenyataan itu sambil menambah pihak berkuasa harus menghentikan semua penyiasatan dan penangkapan yang tidak perlu berkaitan dengan catatan di media sosial.
Dalam kenyataan berasingan, Amnesty International Malaysia menyatakan penggunaan berulang dan meluas Akta Hasutan menandakan kurangnya usaha untuk meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini dan menggesa undang-undang yang telah berkuat kuasa terlalu lama supaya dihentikan segera.
Pengarah Eksekutifnya, Shamini Darshni Kaliemuthu berkata kerajaan kini harus bertindak atas janji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada sidang Parlimen yang akan datang mulai Oktober seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong pada 11 Sept.
"Seiring dengan saranan pemansuhan Akta Hasutan, kami menyeru kerajaan supaya menggugurkan semua tuduhan di bawah undang-undang penindasan ini dengan segera dan tanpa syarat," katanya.
Pagi ini, Tunku Azizah mengaktifkan semula akaun rasmi twitter @cheminah sayang dengan ciapan rasa kecewa terhadap penahanan dua individu oleh polis kerana menurunkan komen negatif dalam Twitter baginda.
Dalam ciapannya, Tunku Azizah bertitah: "Hari ini saya sedih dan marah pihak polis menangkap orang-orang itu.
"Selama ini saya dan Tuanku tidak pernah membuat sebarang laporan polis terhadap perkara buruk yang dikatakan terhadap kami... ini adalah negara bebas..." titah baginda dalam ciapan yang sama.
Tunku Azizah mengejutkan para netizen selepas tiba-tiba menyahaktifkan akaun Twitternya pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019
Tunku Azizah mengejutkan para netizen selepas tiba-tiba menyahaktifkan akaun Twitternya pada Rabu. - Foto BERNAMA
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.