Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mempertimbangan cadangan untuk mendakwa mereka yang membuang sampah di tapak pembangunan haram ke mahkamah.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata masalah pembangunan sampah haram itu tiada kesudahan dan seolah-olah menjadi kebiasaan dalam kalangan segelintir masyarakat di bandar raya ini.
Menurutnya, selain bau busuk dan mencacatkan pemandangan, tapak pembuangan sampah haram itu turut menjadi faktor peningkatan kes denggi di bandar raya ini.
“Keadaan yang berleluasa ini bukan sahaja mencemari persekitaran, tetapi turut membazirkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan bagi program pembangunan di bandar raya Ipoh.
“Namun MBI tetap membersihkannya kerana keadaan ini mencemari keadaan persekitaran dan boleh menjejaskan kesihatan awam,” katanya kepada media selepas melawat tapak pembuangan sampah haram di Taman Rasi, Menglembu, di sini, hari ini.
Rumaizi berkata bagi tempoh Januari hingga 31 Mei, MBI telah mengenal pasti 1,672 tapak pembuangan sampah haram iaitu 760 tapak besar dan 912 tapak kecil.
Menurutnya, bagi tempoh yang sama, MBI telah menjalankan 9,891 kali pembersihan di tapak-tapak berkenaan dengan jumlah sampah melebihi 12,000 tan.
Beliau memberitahu, bagi tempoh sama juga, MBI telah mengeluarkan 219 kompaun dengan nilai lebih RM181,000, berbanding 1,201 kompaun sepanjang tahun lalu dengan nilai lebih RM1 juta.
“Kalau kita rasa kompaun ni dah tak berkesan, mungkin kita terpaksa ambil tindakan ke mahkamah untuk mereka ini.
"Tapi kita akan tengok dulu, kalau dia lakukan perkara itu berulang-ulang kali, jadi kita terpaksa ambil satu tindakan yang tegas,” ujarnya.
Tambahnya, kes demam denggi di kawasan pentadbiran MBI menunjukkan peningkatan sejak awal tahun 2020.
Hingga 6 Jun lalu, sebanyak 832 kes denggi dilaporkan, peningkatan sebanyak 582 kes atau 232.8 peratus dengan satu kematian berbanding 250 kes dengan tiada kematian bagi tempoh sama pada tahun 2019.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 10 2020

Rumaizi meninjau lokasi tapak pembuangan sampah haram. -Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Isu tapak pembuangan sampah haram, MBI pertimbang dakwa pelaku di mahkamah
Masalah pembuangan sampah haram itu tiada kesudahan dan seolah-olah menjadi kebiasaan dalam kalangan segelintir masyarakat di bandar raya ini.