Logo Halal Malaysia adalah panduan terbaik bagi semua pengguna terutamanya umat Islam dalam memilih premis makanan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna agar bijak dan peka dalam membuat pilihan, berikutan isu papan tanda 'Tiada Babi' atau 'No Pork' yang digunakan segelintir pengusaha premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
"Produk yang mempunyai logo Halal Malaysia sememangnya terjamin halal dan bersih atau halalan tayyiba.
"Mungkin pengusaha premis makanan atau pemilik restoran itu mempunyai tujuan dan niat tersendiri, namun papan tanda sebegini pada hakikatnya boleh mengundang kekeliruan dalam kalangan pengguna terutamanya umat Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata permohonan Pensijilan Halal Malaysia telah dipermudahkan dengan sistem e-halal bagi menggalakkan pengusaha memohon sijil itu.
Di samping itu, Othman berkata pengguna juga boleh membuat semakan status halal menerusi Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau melalui aplikasi mobile 'myJakim' di peranti Android dan iOS.
Katanya Jakim sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan kepentingan masyarakat Islam sentiasa terjamin khususnya dalam mendapatkan makanan dan produk yang halal.
"Ia juga bagi mengelakkan pengguna Islam terkeliru dan sebagai usaha meningkatkan keyakinan pengguna terhadap Pensijilan Halal Malaysia," katanya.
Othman berkata Jakim juga akan bergerak seiring dengan apa saja ketetapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Negeri dan KPDNKK dalam menangani isu itu.
Bernama
Tue Feb 16 2016
Logo Halal Malaysia adalah panduan terbaik bagi semua pengguna terutamanya umat Islam dalam memilih premis makanan.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Isu tanda 'Tiada Babi': Logo Halal Malaysia panduan terbaik - Jakim
Logo Halal Malaysia adalah panduan terbaik bagi semua pengguna terutamanya umat Islam dalam memilih premis makanan.