SHAH ALAM : Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar menzahirkan kekesalan berhubung tuduhan Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Aaron Ago Dagang yang menyalahkan media kerana sengaja memainkan isu sensitif, khususnya berkaitan kaum dan agama.
Menurutnya, dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.
“Saya menyeru para menteri agar tidak menyalahkan media apabila keadaan menjadi buruk atau sebaliknya seperti mana yang mereka harapkan.
“Jangan meletakkan kesalahan dan mengecam media bagi mengelakkan diri daripada dipersalahkan kerana ketelanjuran mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelasnya, walaupun pengamal menjunjung kebebasan media sebagai tonggak demokrasi, namun mereka pada waktu yang sama memastikan tanggungjawab untuk tidak menyemarakkan ketegangan antara kaum.
“Beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab membuat tuduhan tersebut. Saya terkejut beliau memberikan amaran keras agar pengamal media tidak menjadi batu api selain mendesak agar menghentikan perbuatan itu.
“Hakikatnya media Malaysia telah mengamalkan kawalan kendiri dalam menangani isu yang membabitkan soal hubungan kaum di negara ini,” ujarnya.
Sebelum itu, sebuah portal berita berbahasa Inggeris melaporkan Ahli Parlimen Kanowit itu menyalahkan wartawan kerana "sengaja mahu menyalakan api" dalam isu sensitif, terutamanya yang berkaitan dengan kaum dan agama.
Aaron berkata demikian sebagai tindak balas kepada wartawan yang meminta komennya mengenai "Jom Ziarah", sebuah acara di bawah "Artikel Projek 11". - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 23 2023
JOHAN: Jangan meletakkan kesalahan dan mengecam media bagi mengelakkan diri daripada dipersalahkan kerana ketelanjuran mereka sendiri. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.