Susulan kontroversi yang dicetuskan oleh usahawan kosmetik, Sajat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, pengasas agensi pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd., Sofwan Che Seman akan menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof petang ini.
Menurut Sofwan, beliau telah diundang untuk menemui Mujahid bagi memberi penjelasan berhubung kronologi pemergian Sajat ke Tanah Suci menerusi pakej yang diuruskan syarikatnya.
Kata Sofwan, dalam pertemuan itu, beliau akan mendapatkan pandangan daripada Mujahid bagaimana isu berkenaan dapat diselesaikan.
"Saya akan berkongsi dengan Datuk Seri Mujahid proses yang kami lakukan seperti kelazimannya dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci.
"Mengenai isu Sajat, saya akan maklumkan bahawa kami telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," kata Sofwan kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Terdahulu, Mujahid menyatakan rasa kesal bagi pihak kerajaan dengan tindakan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzaman yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.
Tindakan sedemikian, kata Mujahid, telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.
"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
BACA: Kerajaan kesal Sajad bertelekung di Tanah Suci: Mujahid
Sementara itu, Sofwan berkata, sepanjang pengetahuannya, Sajat berlepas ke Tanah Suci menggunakan visa beliau sebagai lelaki.
Justeru, apabila Sajat memuat naik hantaran di laman sosial dengan mengenakan telekung dan berpurdah, Sofwan sangat terkejut dengan tindakan yang dibuat usahawan kosmetik itu.
Dalam masa sama, Sofwan berkata, beliau juga sudah menemui wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Wisma Putra bagi menyampaikan laporan lengkap mengenai kontroversi ini.
BACA: Jemaah Malaysia lelaki berpakaian wanita di Makkah, polis bagi amaran
Astro Awani
Mon Feb 03 2020

Tindakan Sajat berkongsi pengalamannya di Tanah Suci undang pertanyaan ramai. - Gambar Instagram SAJAT
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.

Google uji ciri jana rumusan tambahan dengan AI pada AI Overviews
Ciri baharu ini boleh menjana ringkasan carian dengan AI berdasarkan teks yang dipilih.

Straits Mobile Investment setuju kurangkan pegangan saham dalam U Mobile kepada 20 peratus
Straits Mobile Investment Pte Ltd, yang dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya dalam U Mobile kepada 20 peratus daripada 49 peratus.

Dakwaan RUU Mufti digubal tergesa-gesa tidak benar - Mohd Na'im
Dakwaan kononnya Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi pihak tertentu adalah tidak benar.

Kontroversi GISB: Majlis fatwa negeri mula bersuara
Perlis menjadi negeri pertama memutuskan bahawa ajaran dan kepercayaan yang dibawa oleh GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya dalam aspek batiniah.

Penelitian terhadap Ustaz Don di peringkat akhir - MAIS
Perbincangan dan penelitian terhadap isu berkait penceramah bebas Ustaz Don kini berada di peringkat akhir, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis
TINDAKAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat pusingan u mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan ke atas Selangor FC dilihat sebagai nasi sudah menjadi bubur.

Bincang dengan Jakim, Yadim bagi teliti pendakwah jemputan di TV
Semua penyiar di negara ini diminta berbincang dengan Jakim dan Yadim bagi meneliti pendakwah jemputan yang diundang bagi program agama di platform masing-masing.

Peserta Israel di pertandingan nyanyian Eurovision kena 'boo' penonton
Keputusan untuk membenarkan Israel kekal menyertai pertandingan Eurovision sudah lama cetuskan kontroversi dalam kalangan peminat.

Penganjur konsert kontroversi di Kedah tampil mohon maaf
Faris Azrii berkata, isu tersebut yang berlaku pada malam Nisfu Syaaban adalah atas kesilapan pihaknya.