Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengakui isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu termasuk pembangkang, dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata isu perkauman itu sengaja ditimbulkan pihak berkenaan bagi mengkritik pentadbiran kerajaan hari ini.
"Dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dilaporkan bahawa masalah perkauman semakin meruncing malahan dikatakan paling teruk dalam sejarah terbaharu negara.
"... dan kita lihat isu perkauman ini dilakukan oleh kumpulan yang mempunyai agenda. Kita juga lihat pihak pembangkang sengaja timbulkan isu perkauman menerusi laman-laman sosial sejak akhir-akhir ini bertujuan mengkritik pentadbiran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Shah Alam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata pihak berkenaan juga sengaja mempolitikkan isu perkauman bagi menghakis perpaduan negara yang beridentitikan rakyat berbilang kaum.
Katanya perkara seperti itu tidak seharusnya wujud dalam pentadbiran Kerajaan baharu hari ini.
"Dulu waktu kita jadi pembangkang kita tidak pernah wujudkan isu (perkauman) ini. Kita kritik dan tegur kerajaan (terdahulu) dengan cara membina....oleh itu tunjukkanlah kematangan kita hari ini dengan tidak mencetuskan isu-isu (perkauman) ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 26 2019
KHALID: kita lihat isu perkauman ini dilakukan oleh kumpulan yang mempunyai agenda. - Gambar fail/Astro AWANI
MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.
[TERKINI] Tentera Israel berwaspada tinggi berdepan konflik
Israel dalam keadaan berwaspada tinggi untuk konflik yang lebih meluas selepas dakwaan membunuh pemimpin hezbollah, hassan nasrallah hari ini.
[TERKINI] Lebih 20 serangan udara di Lubnan, terbesar sejak 2006
Serangan Israel yang bermula Jumaat lalu menyaksikan serangan udara berterusan selama lima jam sejak awal pagi tadi dan masih berterusan sehingga sekarang.
[TERKINI] Lubnan tak boleh jadi Gaza seterusnya - Penny Wong
Penny Wong juga mengulangi gesaan Australia agar gencatan senjata dilakukan di Lubnan dan pihak terbabit melaksanakan sepenuhnya Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.
[TERKINI] Israel dakwa bunuh Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah
Bagaimanapun, setakat ini Hezbollah yang disokong oleh Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status Hassan.
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[LAPOR LANGSUNG] Israel dakwa bunuh ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah
Dakwaan terbaharu itu dibuat jurucakap tentera rejim zionis, Avichay Adraee yang dimuat naik di laman X sehari selepas serangan Israel.
Buletin AWANI Khas: Suara Malaysia di pentas UNGA
Temu bual khas wartawan Syaff Shukri bersama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)
AWANI Ringkas: Delegasi Malaysia boikot ucapan Netanyahu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Evo Morales tidak layak bertanding Pilihan Raya Presiden 2025
Sekatan itu berpunca daripada Perlembagaan negara bukannya keputusan yang dibuat oleh pentadbiran semasa.
PRU15: Khalid Samad nafi beralih ke Titiwangsa kerana sudah basi di Shah Alam
Beliau membawa tiket bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk merampas kerusi Titiwangsa daripada Rina Harun.
Kerajaan perpaduan mesti diterajui PH, Anwar Ibrahim calon PM - Khalid Samad
Khalid menegaskan hanya PH mempunyai bilangan terbesar Ahli Parlimen sekiranya kerajaan perpaduan mahu ditubuhkan bagi menggantikan kerajaan sedia ada.
Tiada yang pertikai kerajaan PN tidak sah - Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kerajaan yang dibentuk menerusi Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah dan tidak boleh dipertikaikan.
Isu perkauman meruncing akibat dicetuskan pihak tertentu - Khalid
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengakui isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu termasuk pembangkang, dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
Reman dibatalkan, Khalid Samad dibebaskan polis
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditahan awal pagi ini, telah dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan reman.