Isu-isu berkaitan pendidikan undang-undang, pengamal undang-undang dan improvisasi pendidikan undang-undang di Malaysia adalah antara yang difokuskan Jawatankuasa Perunding Khas dalam menentukan masa depan profesion perundangan negara, termasuk pindaan berkaitan Akta Profesion Undang-undang (LPA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pengkhususan itu dibuat bagi memastikan jawatankuasa tersebut lebih inklusif dan mendapat pandangan dalam pelbagai aspek.
Beliau berkata Jawatankuasa Perunding Khas berhubung cadangan untuk menyediakan satu Rangka Tindakan yang holistik bagi profesion undang-undang di Malaysia itu telah mengadakan beberapa siri mesyuarat selain perbincangan dalam kumpulan.
"Perbincangan dalam kumpulan itu diadakan hari ini di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA).
"Isu-isu yang dibangkitkan sepanjang proses perundingan ini memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan profesion perundangan di Malaysia termasuklah pindaan kepada LPA," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Azalina berkata kesemua hasil perbincangan akan dikumpulkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Perunding Khas terlebih dahulu sebelum dimuat naik bagi memberi ruang kepada orang awam khususnya pengamal undang-undang untuk turut sama memberi input dan pandangan secara dalam talian.
Jawatankuasa Perunding Khas dianggotai, antara lain, wakil Jabatan Peguam Negara, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, KLRCA, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Persatuan Undang-undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Fakulti Undang-undang Universiti Tempatan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang telah dipertanggungjawabkan sebagai Sekretariat untuk Jawatankuasa Khas ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2017
![Isu pendidikan dan pengamal undang-undang antara fokus j/kuasa perunding khas Isu pendidikan dan pengamal undang-undang antara fokus j/kuasa perunding khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41502849376_IstanaKehakiman.jpg)
Isu-isu yang dibangkitkan sepanjang proses perundingan memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan profesion perundangan di Malaysia termasuklah pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Isu pendidikan dan pengamal undang-undang antara fokus j/kuasa perunding khas Isu pendidikan dan pengamal undang-undang antara fokus j/kuasa perunding khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41502849376_IstanaKehakiman.jpg)
Isu pendidikan dan pengamal undang-undang antara fokus j/kuasa perunding khas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pengkhususan itu dibuat bagi memastikan jawatankuasa tersebut lebih inklusif dan mendapat pandangan dalam pelbagai aspek.