KUALA LUMPUR: Satu bentuk sistem yang mengawal selia pendanaan politik di negara ini perlu diwujudkan dalam usaha membendung seterusnya menghapuskan budaya korupsi terus berleluasa.

Tegas Pengarah juga Pengasas Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center Malaysia), Cynthia Gabriel, ia perlu dilakukan segera sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 supaya ia menjadi titik bermulanya amalan demokrasi yang lebih bersih di Malaysia.

Ketika ini katanya, kita masih belum mempunyai sebarang akta atau undang-undang yang menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dalam isu dana untuk menggerakkan aktiviti politik secara individu mahupun secara kolektif dalam parti.

“Perlu ada mekanisme kawal selia seperti nilai maksimum sumbangan dan paling penting sumber dana itu. Kalau ia datang dari sumber yang haram maka ia harus dihentikan.

“Isu ketelusan itu sangat penting dari segi siapa yang memberi wang itu dan bagaimana ia digunakan,” katanya.

Beliau difahamkan bahawa sudah ada draf rang undang-undang berkenaan perkara itu, namun di belakangnya perlu ada kesanggupan politik yang kuat untuk membawanya ke peringkat seterusnya sehingga ia diluluskan di Parlimen dan dikuatkuasakan secekapnya.

Tonton Agenda AWANI Khas: Suburkan Demokrasi Negara pada Jumaat yang dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:

Agenda AWANI: Suburkan Demokrasi Malaysia