KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian dan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bagaimanapun, PDRM masih mengumpul maklumat dan risikan sekiranya terdapat ancaman dari pihak luar berhubung perkara itu.
"Setakat ini situasi negara berada dalam keadaan baik dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Razarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada polis menerima laporan ugutan daripada mana-mana pihak berikutan kelantangan Malaysia yang berpihak kepada Palestin.
Malaysia antara negara yang lantang menggesa dunia mengambil tindakan segera untuk menamatkan serangan rejim Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kini lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 29,000 yang lain cedera sejak 7 Okt lepas.
Pada 24 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Susulan pendedahan Perdana Menteri itu, media melaporkan PDRM akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini.
Terdahulu, sebanyak 538 Inspektor pelatih melibatkan 103 wanita dan 435 lelaki menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor hari ini selepas mengikuti latihan asas selama sembilan bulan bermula 19 Feb lepas.
Pada majlis itu, Insp Khairul Anwar Khalid diumum sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan manakala Insp Nurul Nadhirah Muhamad Radzi muncul Pelatih Terbaik Akademik sementara Insp Muhammad Amir Faris Basri dan Insp Dayang Siti Aishah Awang Ramli masing-masing muncul Pelatih Terbaik Latihan Luar lelaki dan wanita.
Khairul Anwar, 26, berkata minat dan sukakan cabaran mendorongnya untuk menyertai PDRM walaupun mempunyai profesion lain sebelum ini.
"Saya sama sekali tidak menyesal menyertai PDRM walaupun telah berkhidmat sebagai jurutera selama dua tahun di sebuah syarikat di Bangsar," katanya yang berhasrat untuk sertai pasukan elit Unit Tindakhas PDRM untuk mencabar diri menjadi terbaik pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
![Isu Palestin: PDRM kumpul maklumat, risikan jika ada ancaman pihak luar Isu Palestin: PDRM kumpul maklumat, risikan jika ada ancaman pihak luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700196920_RazarudinHusainIG.jpg)
Razarudin berkata, PDRM masih mengumpul maklumat dan risikan sekiranya terdapat ancaman dari pihak luar berhubung keselamatan negara. - Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734605375_TBtabunghajijp.jpg)
TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).
![38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari 38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738921935_ZulkafliSariaat.jpg)
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
![KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
![Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738846682_TBZAIHAM.jpg)
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.
![Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-05/41495095130_BecomingHannahHan.jpg)
Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.
![Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
![Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738704254_ShuhailyMohdZain.jpg)
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
![Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738662819_Sweesehwah.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Jan lepas.
![Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738659376_TBPLUSCNY.jpg)
Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.
![Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738647073_KetuaPolisPahangD.jpg)
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.