PUTRAJAYA: Isu orang tengah atau kewujudan kartel adalah antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi selepas ditubuhkan semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga pengerusi pasukan khas itu berkata kerajaan tidak boleh membiarkan kuasa pasaran begitu sahaja sebaliknya akan membuat intervensi tertentu.
"Kita mengenal pasti dalam sistem pengeluaran ayam, telur, minyak masak dan lain-lain, kecenderungannya kalau tidak dikawal akan wujud kartel untuk memastikan mereka mempunyai satu model perniagaan yang dapat memaksimumkan keuntungan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu setiap proses akan diteliti di setiap peringkat untuk mengenal pasti di mana tindakan di luar daripada kerangka undang-undang sedia ada dapat diambil untuk mengatasi isu kartel itu.
"Kita tahu sistem orang tengah memang wujud sekian lama dalam negara... tetapi ia menjadi salah apabila mereka mula membuat keuntungan secara melampau, 'cekik darah' kata orang.
"Jadi kita perlu mengkaji... sebagai contoh ayam dikeluarkan peladang dan dijual secara pukal kepada pengedar-pengedar (orang tengah yang tidak menternak ayam) dan menjual kepada peruncit. Kajian menunjukkan margin keuntungan kepada pengedar lebih besar daripada margin keuntungan yang diperoleh peruncit atau peladang itu sendiri," katanya.
Justeru, situasi itu akan diteliti pasukan khas kerana tindakan itu menyebabkan kos yang terakhir adalah begitu tinggi dan terpaksa ditanggung pengguna.
"Sekiranya orang tengah mengambil keuntungan yang berlebihan dan kesempatan dalam suasana kesempitan yang bebannya ditanggung pengguna, keadaan itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya dan menambah bahawa perlu ada intervensi tertentu oleh kerajaan demi menjaga kepentingan pengguna di peringkat bawah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Tan Sri Annuar Musa yang juga pengerusi pasukan khas itu berkata kerajaan tidak boleh membiarkan kuasa pasaran begitu sahaja sebaliknya akan membuat intervensi tertentu. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
SPRM tahan 32 individu termasuk doktor pakar di Pulau Pinang
Antara mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta.
Armizan minta PM pertimbang tambah pegawai penyiasat MyCC
Komponen penguatkuasaan kementerian berkenaan turut mencakupi peranan MyCC, justeru wujud keperluan untuk membangunkan kapasiti suruhanjaya itu.
Usaha banteras rasuah perlu tekad semua pihak - PM
Tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah, penyeludupan dan kartel tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'
Lebih 500 syarikat kini berada di dalam radar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
Kartel makanan ayam: Pengkhianatan tertinggi, sukarkan kawalan harga - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal.