KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam fasa akhir melengkapkan siasatan membabitkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa terlibat dalam isu integriti.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata siasatan telah 99 peratus siap, dan apabila disiapkan ia akan diserahkan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya, selain Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.
"Selain pembabitan lima pegawai itu tadi, SPRM dalam masa sama sedang menyiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat Mara Corporation (Mara Corp)," katanya dalam sidang media selepas majlis Pelancaran Program Excel 'Corporate Liability and Organizational Anti-Corruption Plan', di sini.
Menurutnya SPRM akan memberi fokus kepada aspek terma rujukan penggunaan kad kredit terbabit, sama ada boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau rasmi dalam siasatannya, dan akan membuat kesimpulan keseluruhan berkenaan siasatan itu tidak lama lagi.
Pada 5 Feb lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu sebelum menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada 7 Feb.
Mengulas mengenai penyelewengan geran dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Ahmad Khusairi berkata 27 entiti termasuk syarikat, individu dan badan bukan kerajaan disiasat SPRM berhubung kes berkenaan.
Katanya SPRM telah menyiapkan kertas pendakwaan terhadap sekurang-kurangya 10 syarikat, dan dua individu akan dituduh di mahkamah di Ipoh dan Kuala Lumpur esok berkenaan penyelewengan dana berkenaan.
Sebelum ini SPRM menahan 22 individu dalam operasi di tujuh negeri dalam siasatan berhubung Mitra.
Mengulas mengenai isu kontrak perolehan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) pula, Ahmad Khusairi berkata SPRM akan mengemukakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berkaitan hal ehwal jenayah bagi menjalankan siasatan di luar negara berkenaan isu ini.
Beliau mengakui pihaknya mengalami kesukaran menyiasat isu LCS kerana ia membabitkan kes melebihi 10 tahun lepas, dan menurutnya SPRM membuka tiga kertas siasatan berhubung kes itu.
Sebelum ini SPRM menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam kontrak perolehan enam kapal LCS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
![Isu Mara: SPRM dalam fasa akhir lengkapkan siasatan Isu Mara: SPRM dalam fasa akhir lengkapkan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645107369_SPRM.jpg)
Siasatan telah 99 peratus siap dan akan diserahkan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya, selain Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut. - Gambar hiasan
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Isu Mara: SPRM kenal pasti 20 saksi, 10 telah dipanggil - Hishamuddin Isu Mara: SPRM kenal pasti 20 saksi, 10 telah dipanggil - Hishamuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644399498_HishamuddinHashim.jpg)
Isu Mara: SPRM kenal pasti 20 saksi, 10 telah dipanggil - Hishamuddin
Datuk Seri Hishamuddin Hashim, berkata 10 daripada mereka telah dipanggil memberi keterangan, termasuk tiga yang hadir di ibu pejabat SPRM di sini, pada Rabu.