SHAH ALAM: Sebarang isu yang melibatkan kepentingan awam perlu dipersoal dan diketengahkan kepada umum walaupun ia melibatkan perkara sensitif dan kontroversi.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na' Aman bagaimanapun berpandangan, pendekatan untuk mendedahkannya mungkin berbeza bagi setiap individu.
"Kami (pembangkang) tak kata kami lebih baik, tapi sudah tentu ada cara dan pendekatan kita yang berbeza dengan pihak sebelah sana (kerajaan).
"Apabila mengkritik kerajaan, bukanlah semata-mata nak mencari salah tapi sudah tentu ada alternatif, hujah dan persoalannya.
"Apabila kita bertanya, takkan ia boleh menjadi fitnah? Wajar perkara ini disantuni dengan bijaksana oleh pihak sebelah sana.
"Perkara sebegini, bagi saya biasa dalam politik dan Parlimen iaitu banyak soal jawab," katanya dalam Wacana Sinar siri 377 bertajuk ‘Saman: Elak fitnah atau...’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Muhammad Faiz menambah, sebagai orang yang dikenali, ahli politik mempunyai tanggungjawab untuk mendidik pengundi apa yang benar dan tidak menokok tambah.
"Contohnya, kita tahu orang itu kesalahannya adalah kes yang bersangkutan dengan rasuah, jangan pula kita tokok tambah benda lain.
"Kadang-kadang, kita seronok apabila pegang mikrofon dan apabila bercakap, sudah 'tak khabar ingat'.
"Kita kena cakap berdasarkan fakta, bukan buat lawak kelakar. Sebab itu kena jadikannya budaya dan tidak melampaui batas.
"Jangan bercakap benda yang bukan berfakta. Sebagai orang Islam, kita kena bercakap benar kalau kita nak mendidik masyarakat buat pilihan yang betul, bernas, logik dan rasional," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 04 2023
Muhammad Faiz berkata, sebagai orang yang dikenali, ahli politik mempunyai tanggungjawab untuk mendidik pengundi apa yang benar dan tidak menokok tambah. - Foto Sinar Harian
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Isu libat kepentingan awam perlu diketengahkan
Muhammad Faiz bagaimanapun berpandangan, pendekatan untuk mendedahkannya mungkin berbeza bagi setiap individu.