SINGAPURA: Isu Laut China Selatan kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Malaysia, akan terus bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memperhebat rundingan dengan China bagi merealisasikan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan, katanya.
Mohamad berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas "Breakfast Talk: Five Power Defence Arrangements (FPDA)" yang dihoskan oleh rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen di luar Dialog Shangri-la ke-20, di sini, hari ini.
Mohamad berkata Malaysia terus berhasrat menjadi rakan kongsi yang dipercayai dan berhubung dengan ahli FPDA bagi memastikan keamanan dan kemakmuran rantau ini.
FPDA ialah satu siri hubungan pertahanan dua hala antara Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.
"Malaysia melihat keperluan bagi FPDA mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau melalui kerjasama pertahanan terhadap cabaran mendesak mengenai ancaman keselamatan bukan tradisional," kata Mohamad.
Beliau berkata Malaysia mencadangkan FPDA sebagai laluan untuk kerjasama strategik dan pertahanan yang lebih besar dalam latihan dan pembinaan kapasiti.
"Malaysia akan bekerjasama rapat dengan ahli FPDA untuk meneruskan kerjasama dalam memperkukuh industri pertahanan, memajukan teknologi bersama, dan menjalankan latihan bersama," katanya.
Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan empat negara anggota untuk mengesahkan komitmen bekerjasama dalam domain keselamatan serta pertahanan konvensional dan bukan konvensional.
"Malaysia kekal komited bahawa FPDA akan melakukan apa yang perlu untuk menzahirkan komitmen itu," kata menteri itu.
Mohamad berkata Malaysia akan mengukuhkan kedudukannya dalam FPDA, antara lain, mengadakan komunikasi strategik dengan empat anggota lain, termasuk mesyuarat tetap antara Menteri Pertahanan negara anggota bagi membincangkan keselamatan global semasa dan masa depan.
Beliau berkata walaupun FPDA dan ahli-ahlinya menikmati hubungan rapat antara satu sama lain, "Malaysia tidak akan berpihak dan menegaskan kedudukan negara tidak bersekutu (non-aligned state)."
Turut hadir pada sidang media itu ialah Dr Ng, Timbalan Perdana Menteri Australia dan Menteri Pertahanan Richard Marles, Menteri Pertahanan New Zealand Andrew Little, dan Setiausaha Negara United Kingdom bagi Pertahanan Ben Wallace.
Secara berasingan, Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memaklumkan bahawa Menteri-menteri mengesahkan komitmen negara mereka terhadap FPDA dan mengiktiraf kemajuan ketara yang telah dicapai sejak penubuhannya.
"Mereka membincangkan kepentingan FPDA sebagai pengaturan yang membina dan aman, yang menjadi sauh untuk keselamatan dan kestabilan serantau," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Menteri-menteri juga bersetuju bahawa FPDA menyediakan platform penting untuk tentera negara anggota mengukuhkan operasi dan meningkatkan kerjasama melalui latihan tetap seperti Exercise Bersama Shield dan Exercise Bersama Lima.
Menteri-menteri seterusnya bertukar pandangan tentang kaedah meningkatkan perkaitan FPDA dengan mengukuhkan nilai operasi latihan di kawasan konvensional, dan meningkatkan kerjasama dalam domain bukan konvensional bagi menghadapi cabaran keselamatan kontemporari.
Ditubuhkan pada 1971, FPDA terus memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama serantau, dan menyumbang secara konstruktif kepada kerangka keselamatan serantau melalui pengendalian latihan, dialog dan platform interaksi profesional, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023
Mohamad berucap pada sidang media di luar Dialog Shangri-la ke-20 di Singapura. -Facebook Kementerian Pertahanan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Isu Laut China Selatan kekal jadi keutamaan - Menteri Pertahanan
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memperhebat rundingan dengan China bagi merealisasikan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.