KULIM: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menambah baik sistem kuota bagi memastikan pelajar bukan Bumiputera mendapat akses yang adil untuk melanjutkan pengajian.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata dalam masa yang sama sistem kuota Melayu dan Bumiputera akan dikekalkan seperti yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
"Kita memang bersama dengan apa yang dinyatakan oleh perdana menteri tetapi dalam masa yang sama di peringkat KPM kita ada banyak penambahbaikan dan saya ingin memberi jaminan bahawa kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa.
"Penambahbaikan ini penting khususnya Tingkatan 6 yang sedang kita lihat dan peluang-peluang yang lain untuk memastikan semua anak kita ini mendapat akses pendidikan yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Innovation dan Robotik Peringkat Kebangsaan 2023 (INORO'23) di Kolej Vokasional Kulim, pada Ahad.
Dalam laporan Astro AWANI semalam, Perdana Menteri menegaskan sistem kuota dalam kalangan pelajar ke peringkat universiti awam yang dipakai ketika ini perlu dikekalkan bagi menjamin hak istimewa Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan.
Anwar berkata, bagaimanapun suatu pendekatan baharu bagi menjamin peluang pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang mendapat peluang ke bidang kritikal seperti perubatan perlu dilaksanakan bagi mengelak negara terus kehilangan bakat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai ucapan Perdana Menteri berkenaan peruntukan kepada klinik dan sekolah daif di Kedah, Fadhlina berkata penyelenggaraan dan baik pulih sekolah-sekolah daif di seluruh negara menjadi keutamaan KPM termasuk enam buah sekolah di negeri ini.
Katanya, semua projek-projek baik pulih sekolah daif akan dipantau dan perkembangannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Saya ingat itu memang dalam perancangan kita dan kita mengambil perhatian khususnya tumpuan kita dalam konteks sekolah daif dari semasa ke semasa kita pantau projek ini.
"Kita akan maklumkan perkembangan berkenaan enam sekolah daif di Kedah ini dari semasa ke semasa. Sekolah tersebut antaranya ada di daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Baling dan Sik," katanya.
Pada majlis ramah mesra bersama warga masyarakat daerah Kubang Pasu di Changlun pada Sabtu, Anwar berkata daripada jumlah keseluruhan peruntukan Rolling Plan (RP3) Rancangan Malaysia ke-12 di Negeri Kedah, sebanyak RM10.1 juta diperuntukkan bagi pembaikan 40 buah klinik dan enam buah sekolah daif.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jul 09 2023
Fadhlina bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Innovation dan Robotik Peringkat Kebangsaan 2023 (INORO'23) di Kolej Vokasional Kulim, pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Garis Panduan PEERS KPM tingkatkan kesedaran kesihatan reproduktif masyarakat - Fadhlina
Ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar sekolah.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Program MyLesen B2 langkah lahirkan penunggang motosikal kompeten, celik undang-undang
Di bawah program ini, golongan belia dan B40 berpeluang dapat lesen B2 secara percuma dan kerajaan menyasarkan 35,000 penerima tahun ini.
KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan, dan telah melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.
KPM perkenal kurikulum baharu prasekolah pada 2026
Semua guru prasekolah akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat ijazah untuk memastikan pendidikan yang lebih holistik.
Aduan kes buli ditangani mengikut SOP, garis panduan ditetapkan - Fadhlina
Fadhlina yakin melalui pendekatan itu, kes buli akan dapat ditangani dengan lebih berkesan khususnya apabila turut melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.
KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
Cikgu Din dibenar pindah sementara ke Kelantan, jaga isteri sakit kanser - Fadhlina
KPM telah mengeluarkan arahan penempatan sementara buat guru, Izzuddin Izhar atau dikenali sebagai Cikgu Din, dari Sarawak ke Kelantan supaya dia dapat menjaga isterinya yang menghidap kanser.