Artikel bertajuk "Rakyat Malaysia: lahirkan anak dahulu, jangan fikirkan kualiti hidup lagi" yang dipetik daripada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, telah disalah lapor.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini berkata Rohani amat mementingkan kualiti hidup dalam merancang bilangan anak dan harus seiring dengan tahap ekonomi demi kesejahteraan keluarga.
Bagaimanapun katanya ketika ini, negara sedang mengalami penurunan kadar kesuburan malah terdapat kemungkinan dalam masa terdekat, kadar kesuburan boleh jatuh ke paras yang rendah seperti di kebanyakan negara Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura.
"Keadaan ini akan menyebabkan populasi negara tidak dapat berkembang dengan baik dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, kadar kesuburan ini boleh jatuh di bawah paras penggantian dan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi serta kestabilan sosiobudaya," kata KPWKM.
Artikel tersebut yang menyatakan rakyat Malaysia perlu mengabaikan kualiti hidup jika mahu mempunyai keluarga yang besar, disiarkan laman says.com bertarikh 26 Mei, 2015 dan viral di media sosial baru-baru ini.
KPWKM berkata ia bertanggungjawab untuk memastikan struktur populasi dan masyarakat yang dinamik sejajar dengan proses pemodenan yang dialami.
Bagi memastikan kesejahteraan keluarga dipelihara, KPWKM telah menggubal dan melaksanakan Dasar Keluarga Negara (DKN) bertujuan membangunkan institusi kekeluargaan yang kukuh, sejahtera dan berdaya tahan.
Selain itu, katanya kerajaan juga telah menjalankan beberapa inisiatif untuk sektor awam dan swasta yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kenaikan kadar kesuburan, selain memastikan kualiti hidup berkeluarga dipelihara. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
Negara sedang mengalami penurunan kadar kesuburan malah terdapat kemungkinan dalam masa terdekat, kadar kesuburan boleh jatuh ke paras yang rendah seperti di kebanyakan negara Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura. - Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Isu kualiti hidup, kenyataan Rohani disalah lapor - KPWKM
Artikel bertajuk "Rakyat Malaysia: lahirkan anak dahulu, jangan fikirkan kualiti hidup lagi yang dipetik daripada kenyataan Datuk Seri Rohani Karim.