KUCHING: Sarawak Energy Berhad, pemilik dan pengendali Empangan Bakun, berkata pihaknya telah pun menangani isu yang dibangkitkan oleh badan Dam Safety Flying Squad berhubung keadaan keselamatan empangan yang terletak di daerah Belaga di pedalaman Sarawak.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat bekalan tenaga milik kerajaan negeri itu berkata isu pembentukan pemendapan, keadaan instrumen, resapan empangan, integriti struktur utama dan hakisan tanah, semuanya telah diperbetulkan selepas lawatan skuad berkenaan ke empangan itu pada bulan Oktober tahun lepas.
"Selain audit yang dijalankan oleh Flying Squad, Sarawak Energy juga melantik perunding kuasa hidro antarabangsa bebas untuk menjalankan audit Semakan Keselamatan Empangan bagi semua empangan hidronya setiap lima hingga tujuh tahun," menurut kenyataan itu.
Menurutnya audit itu mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Pengurusan Keselamatan Empangan Malaysia (MyDAMS) dan garis panduan Jawatankuasa Antarabangsa Mengenai Empangan Besar (ICOLD).
Di samping itu, Sarawak Energy mempunyai Pemeriksa Empangan bertauliah oleh Jawatankuasa Kebangsaan Empangan Besar Malaysia (MYCOLD), dan Bahagian Keselamatan Empangan syarikat, yang menjalankan semakan dalaman dua kali setahun, di samping pemeriksaan rutin harian, mingguan dan bulanan yang dijalankan oleh kakitangannya di lapangan.
Sarawak Energy berkata mereka telah bekerjasama rapat dengan Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) untuk melatih kakitangan mereka menggunakan alat piawaian kemampanan tenaga hidro yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan 75 kakitangan telah ditauliahkan.
"Selain itu, 23 kakitangan kini diiktiraf sebagai penilai bertauliah sementara bagi alatan itu, menyediakan tahap pengetahuan pakar yang lebih tinggi dan menunjukkan komitmen tinggi Sarawak Energy terhadap kemampanan," menurutnya.
Menurutnya Loji Hidroelektrik Bakun telah memenangi pelbagai anugerah keselamatan, termasuk Persidangan Antarabangsa mengenai Pengurusan Keselamatan Empangan dan Pengendali Empangan Terbaik Kejuruteraan (di bawah kategori program keselamatan empangan) pada Mac lepas.
Loji itu juga merupakan penerima Anugerah Keselamatan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH); serta pemenang Piala Cabaran Anugerah Perdana Menteri (PMHA) 2023 dan Anugerah Pencapaian Cemerlang 2023.
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) semalam berkata skuad yang diselaraskan pihaknya itu mendapati Empangan Bakun adalah antara lapan empangan di negara ini yang didapati mengalami kerosakan dan boleh mewujudkan ancaman kepada penduduk dan harta benda sekiranya berlaku kegagalan operasi.
Menurut kementerian itu empangan lain ialah Empangan Muda dan Ahning di Kedah, Empangan Jor dan Mahang di Perak, Empangan Sultan Abu Bakar di Pahang, Empangan Babagon di Sabah dan Empangan Kenyir di Terengganu.
Menurutnya pemeriksaan dijalankan oleh skuad itu dari 2021 hingga 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Sarawak Energy Berhad berkata pihaknya telah pun menangani isu yang dibangkitkan oleh badan Dam Safety Flying Squad berhubung keadaan keselamatan Empangan Bakun yang terletak di daerah Belaga di pedalaman Sarawak. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Isu keselamatan Empangan Bakun telah ditangani - Sarawak Energy
Sarawak Energy berkata pihaknya telah pun menangani isu yang dibangkitkan oleh badan Dam Safety Flying Squad berhubung keadaan keselamatan Empangan Bakun.

Air Empangan Bakun dilepaskan hari ini, warga Kapit diarah berwaspada
Pengguna laluan sungai dan perkapalan di hilir Empangan Hidroelektrik Bakun dinasihat berwaspada kerana kawasan hilir tersebut dijangka mengalami peningkatan paras air.

Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini
Paras air di Empangan Hidroelektrik Bakun kini melebihi paras selamat dan perlu diturunkan secara berperingkat.

Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun
Dua pemancing dikhuatiri lemas manakala seorang pemandu bot terselamat apabila bot dinaiki terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun, Belaga petang semalam.