Tindakan beberapa pemilik blog dan pengguna internet yang memutarbelitkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkaitan isu mempertahankan diri dari perompak atau penceroboh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat terutama dalam isu keselamatan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, ia sekali gus menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap polis yang tidak boleh diterima akal.
“Ini kerana Khalid digambarkan tidak sensitif kepada keselamatan masyarakat dan seolah-olah memberi kenyataan yang tidak boleh diterima akal.
“Ia juga menyebabkan kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap langkah keselamatan yang perlu diambil jika berdepan situasi yang tidak diingini ini.
“Kekeliruan yang timbul boleh menyebabkan ketakutan di kalangan rakyat dalam hal keselamatan untuk bertindak mempertahankan diri. Kesan ketakutan ini akan menggambarkan kelemahan kerajaan sedia ada melindungi rakyat,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata, terdapat peruntukan di bawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan berkenaan ‘mempertahankan diri’.
Walau bagaimanapun, menurut Khalid, pemakaiannya terhad kepada batasan yang digariskan dalam peruntukan tersebut.
Oleh itu tegas Bastien, tindakan tidak bertanggungjawab pemilik blog dan pengguna internet ini dari segi politik dilihat mempunyai niat yang tidak baik untuk menggambarkan kelemahan kerajaan.
“Pengguna internet juga dinasihatkan untuk membaca keseluruhan sesuatu artikel terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan berbanding membaca tajuk sahaja.
“Ini kerana tindakan pemilik blog yang gemar menggunakan tajuk yang hebat tetapi tidak seiring dengan isi bertujuan mengejar populariti untuk menarik perhatian pembaca. Tindakan menggunakan tajuk yang tidak bertepatan dengan artikel ini juga dilihat sebagai suatu yang tidak boleh diterima dan menyalahi etika penulisan.
“Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila beberapa kes lama yang seakan-akan berkaitan turut diungkit semula oleh mereka yang bertindak seolah-olah pakar undang-undang dan keselamatan dengan niat untuk memburukkan pihak berkuasa,” jelasnya.
Ujarnya lagi, kebijaksanaan pengguna internet dituntut agar mengkaji kes-kes yang ditimbulkan sebelum menerima dan berkongsi artikel yang berkenaan di laman blog atau Facebook masing-masing.
“Pembaca seharusnya terlebih dahulu memahami fakta bahawa lelaki tersebut belum lagi disabitkan bersalah kerana beliau belum lagi dibicarakan.
“Apabila dibicarakan kelak, lelaki tersebut dapat memberi fakta dan juga versi yang jelas samada sememangnya beliau mempertahankan diri semasa insiden berlaku atau tidak.
“Masyarakat seharusnya bijak menggunakan teknologi untuk memahami undang-undang yang sememangnya telah lama ada dan diguna pakai di Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Bastien menjelaskan, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam selaku dua badan berkaitan undang-undang yang paling hampir dengan masyarakat sepatutnya memainkan peranan untuk bersama-sama meleraikan kekeliruan di kalangan masyarakat.
"Sepatutnya kedua-dua badan berada di barisan hadapan dalam menjadi agen menegakkan kebenaran kepada rakyat Malaysia dengan menerangkan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
"Tindakan menyelamatkan diri dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menggambarkan mereka bukanlah suatu badan profesional yang mementingkan kebenaran," jelasnya.
Sebelum ini, Majlis Peguam dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak sedar berkenaan kes berkenaan.
Tegas Bastien, tindakan itu menunjukkan seolah-olah Majlis Peguam mengamalkan dasar 'pilih bulu' dalam menangani sesuatu isu tanpa mengutamakan kepentingan masyarakat.
"Badan ini sepatutnya mengamalkan pendekatan yang adil serta meletakkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sebagai keutamaan dalam memberi perkhidmatan.
"Rakyat berada di dalam keadaan ketakutan dan keliru kerana tanpa penjelasan, sudah pasti yang tergambar adalah undang-undang yang ada menyebelahi pesalah dan bukannya mangsa.
"Justeru itu, kami meminta agar Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam tampil untuk menerangkan dan memberi penjelasan agar rakyat lebih faham tentang undang-undang di negara ini," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Jan 04 2016
BASTIEN: Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam selaku dua badan berkaitan undang-undang yang paling hampir dengan masyarakat sepatutnya memainkan peranan untuk bersama-sama meleraikan kekeliruan di kalangan masyarakat. - Gambar fail
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Jangan ganggu dinamik hala tuju Johor - Bastien
Mana-mana pemimpin luar Johor diminta tidak membawa suara sumbang sekali gus menghasut rakyat di negeri itu dengan perkara di luar norma masyarakatnya selama ini.