SHAH ALAM: Anggota penguatkuasa yang bertugas dalam operasi tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan di Kampung Sri Makmur, Gombak baru-baru ini sentiasa mengikut prosedur serta tatacara kerja bagi memastikan keseluruhan struktur terlibat termasuk surau dikosongkan sepenuhnya.
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak dalam kenyataan di sini hari ini berkata tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan yang menceroboh tanah hak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 27 dan 28 Mei lepas itu adalah berdasarkan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Menurutnya pelbagai barangan, naskah Al-Quran, ayat dan kalimah suci atau apa juga bahan yang mengandungi ayat suci Al-Quran telah dialihkan ke tempat yang selamat bagi memelihara kesucian dan kehormatan kitab suci itu, di samping mengelakkan kerugian kepada pemilik struktur.
"Pihak pemaju juga telah melantik pekerja-pekerja yang memakai ves keselamatan bagi membantu pemilik struktur memindahkan baki barangan yang masih ada di dalam struktur yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Sepanjang operasi berlangsung, menurut PDT provokasi serta halangan dapat dikawal dengan baik namun terdapat juga satu insiden melibatkan empat anggota penguat kuasa diserang pemilik struktur yang terlibat dengan perobohan, dan klip videonya telah tular di media sosial baru-baru ini.
Menurutnya satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak terhadap suspek dan ia kini di bawah tindakan selanjutnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PDT Gombak turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan palsu seperti yang telah tular dan disensasikan baru-baru ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Media baru-baru ini melaporkan berdasarkan kenyataan media PKNS, isu di kawasan itu bermula sejak Julai 2006 menyaksikan operasi perobohan dilaksanakan terhadap sebahagian unit rumah, namun bancian pada 2016 mendapati jumlah rumah meningkat 204 unit berbanding 80 buah pada 2006.
PKNS sebelum ini berkata penjualan tanah di kampung itu kepada sebuah syarikat dimeterai pada 8 Sept 2020 dan syarikat itu memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas.
Kerajaan Selangor juga telah menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati 'ex-gratia' sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai PDT Gombak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Salah seorang penduduk masih melihat di sekitar kawasan perumahan yang telah dirobohkan di Kampung Sri Makmur, Gombak, ketika tinjauan pada 31 Mei lalu. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.

Rumah kongsi di Taman Sri Gombak musnah dijilat api
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan sekitar jam 6.40 petang tiba ke lokasi 10 minit kemudian untuk memadamkan kebakaran.