Peguam penganjur konsert kontroversi artis K-Pop, B1A4, TGM Events menafikan kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bahawa mereka tidak memberi kerjasama dan membantu siasatan dalam isu berkenaan.
Peguam firma Tetuan Azmi dan Fadzly, Ahmad Fadzly Abdul Gani berkata, tiada sebab Jawi mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana kerjasama sepenuhnya sudah diberikan kepada mereka semasa proses siasatan tempoh hari.
"Jawi kata mereka sedih kerana kita tidak memberikan kerjasama, kita juga sedih kerana dikatakan begitu sedangkan sudah memberi segala maklumat yang ada kepada mereka.
"Anak guam kami terkejut dengan kenyataan Jawi di akhbar yang menyatakan kami enggan bekerjasama. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anak guam kami sedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa.
"Pihak Jawi ada menghubungi kami dan saya sendiri telah berjumpa dengan pegawai mereka di pejabat kami. Kami telah memberitahu mereka supaya menulis secara rasmi kepada kami atau anak guam kami untuk mendapat maklumat yang diperlukan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan kesedihan Timbalan Pengarah Jawi, Che Hussain Isa yang mendakwa penganjur memilih untuk membisu dan enggan mengulas mengenai isu berkenaan.
Sementara itu jelas Ahmad Fadzly, sehingga kini mereka atau penganjur masih belum menerima apa-apa surat permintaan dari Jawi mengenai perkara itu.
Katanya, Jawi perlu mengeluarkan surat rasmi mengenai sebarang pertanyaan untuk mengelakkan salah faham selain mahu merekodkan setiap perbincangan secara bertulis.
"Kami nasihatkan anak guam untuk sentiasa bersedia dan memberi kerjasama selain sudah memaklumkan tidak mempunyai nama penuh gadis-gadis Melayu yang menaiki pentas pada hari berkenaan," jelasnya
Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada minggu lepas menjadi 'viral' di media sosial.
Video berdurasi lebih tiga minit yang memaparkan adegan cium itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV yang dirakam pada konsert tersebut.
Perlakuan itu turut disifatkan berlaku di luar jangkaan penganjur.
Ia turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dengan menulis dalam akaun Twitternya: "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."
Dalam pada itu, Ahmad Fadzly memberitahu, pihaknya turut menyokong kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu pihak berkuasa agama mendidik remaja bertudung yang dipeluk oleh artis K-Pop berkenaan.
Shabery turut dilaporkan berkata, terdapat sesetengah perkara yang berlaku secara spontan dan sukar untuk dikawal apabila ia melibatkan penonton.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jawi akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert berkenaan berikutan perbuatan sumbang sewaktu acara hiburan itu berlangsung.
Tegasnya, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis B1A4 adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.
Wan Syamsul Amly
Sun Jan 18 2015

AHMAD FADZLY: Tiada sebab Jawi mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana kerjasama sepenuhnya sudah diberikan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Gadis Melayu bertudung busking lagu Korea di Seoul
Gadis tersebut merupakan penuntut di Ewha Women's University, Seoul mendendangkan lagu berjudul 'Some'.

Remaja dipeluk artis K-Pop belum didenda, hanya dipanggil untuk dinasihat: Jamil Khir
Ada pihak sebar maklumat palsu kononnya gadis bertudung yang dipeluk artis K-Pop kumpulan B1A4 telah didenda antara RM1,000 hingga RM1,600.

JAWI beri tempoh seminggu remaja fanatik K-pop serah diri
Pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya remaja berkenaan tidak bekerjasama, seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Jawi ambil tindakan terhadap penganjur konsert K-Pop B1A4 - KP Jakim
Jawi akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert persembahan artis K-Pop, B1A4, berikutan perbuatan sumbang sewaktu acara hiburan itu berlangsung.

Kami akan lindungi identiti peminat, kata penganjur acara K-Pop
Penganjur acara K-Pop jelaskan insiden dalam program interaktif peminat bertemu kumpulan B1A4.