Kerajaan disaran mewujudkan badan khas untuk mencari mekanisme pengisytiharan harta yang lebih telus dan lebih sistematik.
Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ia sekali gus menyakinkan masyarakat terhadap sebarang pengumuman pengisytiharan harta yang akan dibuat oleh mana-mana individu di negara ini.
"Tidak ada masalah untuk sesiapa mengisytiharkan harta namun apakah ianya telus, betulkah ia tidak menyembunyikan apa-apa fakta atau sengaja dibuat untuk 'melepaskan diri'?
"Badan bebas ini harus menyiasat setiap harta yang ada, apakah pengisytiharan itu sahih atau ada lagi harta yang disembunyikan di atas nama isteri, anak-anak atau saudara mara?" katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Syed Ali mengulas pengisytiharan harta oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli bagi menyambut baik cabaran pemimpin UMNO.
Rafizi turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan perkara yang sama yang dikatakan boleh membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang dikatakan tidak berpadanan dengan gaji.
Jelas Syed Ali, pengisytiharan yang dilakukan Rafizi juga masih diragui selagi belum ada pihak bebas yang mengesahkannya.
"Apa kerja dia sehingga dapat 'mengutip' harta sebanyak itu adn apakah itu sahaja kekayaan yang ada, siapa boleh pantau berapa nilai sebenar harta yang Rafizi ada?
"Semua orang boleh isytihar sebegitu, itu yang dia beritahu, yang Rafizi tidak beritahu pula bagaimana?" tegasnya.
Ketika ditanya gesaan Rafizi yang meminta Najib mengisytihar harta, ini kata Syed Ali: "Itu hal dia dengan Najib, gesaan saya adalah minta Rafizi isytihar harta dan dia isytihar harta dengan menimbulkan lebih banyak persoalan kesahihan jumlah harta yang ada kepada masyarakat."
Pada Selasa, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mempersoalkan gesaan Rafizi yang meminta Najib untuk untuk mengisytihar harta.
Jelas Idris, pengisytiharan harta bukan untuk orang awam selain ia akan melibat banyak isu keselamatan.
Wan Syamsul Amly
Wed Mar 11 2015
![Isu isytihar harta: Wujudkan badan bebas nilai harta individu - Syed Ali Isu isytihar harta: Wujudkan badan bebas nilai harta individu - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61418098518_295x200.jpg)
SYED ALI: Isu isytihar harta: Wujudkan badan bebas nilai harta individu - Gambar fail
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Kenyataan fitnah: Tun M beri tempoh tujuh hari untuk PM Anwar tarik balik Kenyataan fitnah: Tun M beri tempoh tujuh hari untuk PM Anwar tarik balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679971518_TunMahathirSidang.jpg)
Kenyataan fitnah: Tun M beri tempoh tujuh hari untuk PM Anwar tarik balik
Kata Tun Mahathir, sekiranya Anwar tidak tarik balik, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.
![Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643118072_JUDGE.jpg)
Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan
Timbalan Pendakwa Raya SPRM memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan.
![PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624166308_PresidenKeadilanRa.jpg)
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
![Dewan Rakyat: Transaksi hartanah kediaman turun mendadak akibat COVID-19 Dewan Rakyat: Transaksi hartanah kediaman turun mendadak akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/61453216626_RumahMewah.jpg)
Dewan Rakyat: Transaksi hartanah kediaman turun mendadak akibat COVID-19
Maklumat tersebut adalah berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah Separuh Tahun Pertama 2020 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
![Sukar cari negarawan yang benar-benar fikir nasib rakyat - Akhbar Satar Sukar cari negarawan yang benar-benar fikir nasib rakyat - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51595033437_AKHBARSATAR.jpg)
Sukar cari negarawan yang benar-benar fikir nasib rakyat - Akhbar Satar
Datuk Seri Akhbar Satar berpendapat, integriti dan intellectual honesty adalah perkara paling sukar ditemui dalam kalangan pemimpin hari ini.
![Permohonan pemeriksaan tahap kesihatan mental Samy Vellu dibenarkan Permohonan pemeriksaan tahap kesihatan mental Samy Vellu dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437137626_samyvellu.jpg)
Permohonan pemeriksaan tahap kesihatan mental Samy Vellu dibenarkan
Permohonan Vell Paari supaya bapanya, Samy Vellu dibenarkan jalani pemeriksaan tahap kesihatan mental dibenarkan Mahkamah Tinggi.
![Sadis! Tembak mati isteri, ibu mertua sebelum bunuh diri Sadis! Tembak mati isteri, ibu mertua sebelum bunuh diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556057214_tembak.jpg)
Sadis! Tembak mati isteri, ibu mertua sebelum bunuh diri
Seorang akuantan bertauliah bertindak membunuh diri selepas menembak mati isteri dan ibu mertuanya di dua lokasi berasingan di India antara Jumaat dan Isnin lalu.
![ADUN Johor tak hantar borang isytihar harta boleh kena tindakan disiplin ADUN Johor tak hantar borang isytihar harta boleh kena tindakan disiplin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61590968292_AminolhudaHassan.jpg)
ADUN Johor tak hantar borang isytihar harta boleh kena tindakan disiplin
ADUN Johor diminta memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri secara rasmi (bersurat) sekiranya memerlukan masa untuk menghantar borang pengisytiharan harta atau boleh dikenakan tindakan disiplin.
![#QuranHour: Selesaikan masalah dunia melalui Surah al-Kahfi #QuranHour: Selesaikan masalah dunia melalui Surah al-Kahfi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556176790_quranhour.jpg)
#QuranHour: Selesaikan masalah dunia melalui Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi juga memberi jawapan untuk empat cabaran iaitu iman, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan.
![Gubal undang-undang untuk semua wakil rakyat isytihar harta Gubal undang-undang untuk semua wakil rakyat isytihar harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536147241_akhbarsatar.jpg)
Gubal undang-undang untuk semua wakil rakyat isytihar harta
Selain wakil rakyat, exco-exco kerajaan negeri juga perlu mengisytiharkan harta mereka supaya mereka dilihat bersih.