PUTRAJAYA : Seramai enam individu tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atas Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka tiba sekitar pukul 10 pagi tadi.
Menurut beliau, SPRM menjangkakan 10 individu daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dijadual diambil keterangan mereka hari ini.
“Ada yang minta datang lewat sikit (dalam jam 11 ke atas) sebab urusan masing-masing. Tetapi semua akan hadir hari ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Kata beliau lagi, proses mengambil keterangan sepatutnya dibuat semalam tetapi ditangguhkan hari ini.
Sebelum ini media melaporkan sepasukan penyiasat SPRM memasuki ibu pejabat HRD Corp di Jalan Beringin, Bukit Damansara di ibu negara pada petang Rabu.
Mereka dipercayai memasuki bangunan itu kira-kira jam 2.30 petang dan beredar dari situ dua jam selepas itu.
Sementara itu, pada Selasa pegawai penyiasat SPRM dilaporkan sudah mengambil dokumen dari pejabat HRD Corp dan KESUMA.
Hishamuddin dilaporkan berkata, kehadiran penyiasat di dua tempat terbabit bagi mendapatkan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan.
Jelas beliau, fokus siasatan tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.
Pada Khamis lalu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam laporan LKAN Siri 2/2024 mengesyorkan KESUMA merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit berkenaan.
PAC pada hari sama pula mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 11 2024

SPRM menjangkakan 10 individu daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dijadual diambil keterangan mereka hari ini, kata Hishamuddin.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.

HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim
Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.

Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.

Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.