Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap seorang kontraktor bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Negeri Johor.
Suspek berusia 46 tahun itu ditahan di kediamannya kira-kira jam 9.45 pagi.
Menurut sumber, daripada hasil siasatan yang diperolehi, suspek juga dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan hartanah di Negeri Johor.
Tambahnya SPRM juga telah merampas dokumen-dokumen daripada suspek bagi membantu siasatan.
Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk membantu siasatan.
BACA: SPRM masih menggeledah pejabat pemaju di Johor
BACA: MB Johor serah kepada SPRM siasat kes penyelewengan hartanah
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a)Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes itu.
Astro Awani
Tue Feb 28 2017
SPRM menangkap seorang kontraktor bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Negeri Johor. - Gambar fail
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor
Dua badan bukan kerajaan mengenai alam sekitar iaitu Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju
PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri melegakan usahawan kontraktor di negara ini.
Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB
Kontraktor yang didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19 boleh diambil tindakan termasuk dibatalkan pendaftaran.
JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017
Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan
Setakat ini kerajaan hanya mewajibkan kontraktor warga asing sahaja menjalani ujian saringan bagi mengawal penularan COVID-19.
PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan Kontraktor kelas G1 dan G2 menyambung semula kerja pengubah suaian rumah
PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada MITI.
Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan dokumentasi projek dan proses cabut undi dalam talian terutama bagi projek berskala kecil yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.