PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan keras termasuk membatalkan lesen pihak yang sewenang-wenangnya menjual daging ayam segar melebihi harga siling yang ditetapkan.
Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, semua pihak iaitu peruncit, pemborong dan penternak perlu menjual mengikut harga siling yang ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram.
"Kita senang sahaja, apabila kita telah menetapkan harga tersebut, itu merupakan harga yang wajib dipatuhi pada setiap peringkat.
"Ini kerana margin ini kita letakkan ada keuntungan pada setiap peringkat dengan kerjasama agensi kerajaan, persatuan dan pihak berkepentingan," katanya pada sidang akhbar di Menara KPDNHEP di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai rungutan pengguna berkenaan ada peniaga yang menjual harga ayam segar sehingga mencecah RM10 sekilogram.
"Aduan mengenai kenaikan harga ayam ini kita telah terima dan siasatan sedang dijalankan.
Menurutnya, siasatan KPDNHEP tidak akan berakhir di satu tempat sahaja.
"Kalau peruncit dakwa dia dapat bekalan mahal, kita akan pergi kepada pemborong, kalau pemborong dakwa dapat bekalan daripada penternak mahal kita akan siasat penternak," katanya.
Mengulas lanjut mengenai faktor kenaikan yang dikaitkan dengan kos bahan mentah, Azman berkata, KPDNHEP akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk tindakan lanjut.
BACA: Lapor terus kepada KPDNHEP tentang kenaikan harga barang tidak munasabah
Pada 5 Februari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling runcit ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, harga itu akan dikuat kuasa mulai 5 Februari sehingga 5 Jun 2022 iaitu selama 121 hari, bagi menjamin kestabilan harga ayam dan makanan yang berkaitan harga mentah itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 05 2022
Pada 5 Februari lalu, KPDNHEP menetapkan harga siling runcit ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia. -Gambar fail/BERNAMA
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.