Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad merupakan individu penting yang boleh membantu siasatan kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kenyataan Isa penting bagi membantu siasatan kes tersebut kerana beliau adalah antara individu yang menjawat jawatan pengurusan tertinggi FELDA ketika itu selain mempunyai kaitan dengan keputusan melabur.
Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Isa bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut, minggu depan.
“Kita sudah rakam keterangan lima saksi terdiri daripada pegawai FELDA, pejabat tanah dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta yang penting adalah pengadu itu sendiri esok atau lusa kita rakam percakapan apabila dia berada di Kuala Lumpur.
“Kita akan tengok segala dokumen berkaitan bagaimana keputusan dibuat dan sebagainya. Kalau kita tahu (Mohd Isa) ada kaitan dengan keputusan untuk melabur, kita akan ambil keterangan beliau,” katanya.
BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kes Felda
BACA: Isu tanah Felda: Isa Samad sedia disiasat pihak berkuasa
BACA: Isu tanah Felda: Polis buka kertas siasatan, panggil pengadu, pegawai Felda
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman di sini pada Rabu.
Tambah Noor Rashid, siasatan dijangka akan lebih rancak minggu depan apabila polis mengambil keterangan individu penting selain memperoleh dokumen berhubung kes itu.
Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana penipuan serta pemalsuan dokumen.
Astro Awani
Wed Dec 27 2017
![Isu FELDA: Isa Samad individu penting bantu siasatan - DIG Isu FELDA: Isa Samad individu penting bantu siasatan - DIG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487494860_NoorRashidIbrahim.jpg)
PDRM percaya Isa Samad merupakan individu penting yang boleh membantu siasatan kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak. - Gambar fail Reuters
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
![SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720933781_AnwarIbrahim.jpg)
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
![Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
![Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720823574_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
![Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024 Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709807928_felda.jpg)
Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023.
![Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610055_tbsolatsunatAidila.jpg)
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
![Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709807928_felda.jpg)
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
![Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717932599_TBMATIHEMPAP.jpg)
Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah keluarganya di Felda Jengka 6 di sini pada Sabtu.
![RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710858468_AhmadZahidHamidi.jpg)
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
![KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.