KUALA LUMPUR: Kerangka konsep Sekolahku Sejahtera, khusus bagi menangani gejala buli di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, akan berlandaskan empat komponen utama iaitu penyedaran, pelaporan, penghukuman dan pemantauan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, pendekatan itu bertujuan memupuk dan menerapkan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah, khususnya di kalangan murid-murid.
Nilai-nilai itu, jelasnya lagi, akan diterap dan dididik oleh guru secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
"Penerapan elemen selamat, sihat, seronok, empati, jati diri, adab sopan, harmoni dan rasional dalam kalangan warga sekolah akan dapat membentuk keperibadian murid yang menyedari bahawa buli perlu dibanteras sepenuhnya.
"Dalam konteks pelaporan, KPM telah menyediakan saluran pelaporan bagi membolehkan pihak sekolah melaporkan kes buli kepada Kementerian. KPM juga telah menyediakan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah dan Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli Di Sekolah sebagai panduan kepada pihak sekolah,” katanya lagi.
Pada masa ini, kata Radzi, KPM sedang merangka sistem pelaporan yang akan membolehkan warga sekolah termasuk murid dan ibu bapa mereka membuat aduan terus kepada pihak kementerian dan maklumat yang diterima akan dilindungi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Ahmad, yang ingin mengetahui langkah proaktif kementerian untuk menangani kejadian buli yang semakin menjadi-jadi.
Dalam pada itu, Radzi berkata, KPM sedang meneliti hukuman ke atas murid yang melakukan perbuatan buli dengan membuat penambahbaikan kepada mana-mana hukuman yang tersenarai dalam surat pekeliling ikhtisas
Selain itu beliau berkata, KPM juga akan memperkukuhkan komponen pemantauan, termasuk memperkasakan lagi jawatan warden di sekolah, selaras dengan tanggungjawab mereka.
“KPM sedang meneliti hukuman ke atas murid yang melakukan perbuatan buli dengan membuat penambahbaikan kepada mana-mana hukuman yang tersenarai dalam SPI tersebut. Ini bagi memastikan hukuman yang dikenakan adalah setimpal dan menjadi pendekatan pencegahan yang berkesan.
“Perbincangan akan terus dilaksanakan dengan agensi pusat bagi memastikan jawatan warden sekolah diperkasakan selaras dengan tanggungjawab dan keperluan semasa mereka,” katanya lagi.
Buat masa ini, Radzi berkata, sebagai tindakan segera, KPM akan mengarahkan semua sekolah melaksanakan program kesedaran bersama pegawai perhubungan sekolah dari Polis Diraja Malaysia tentang buli dalam minggu pertama sesi penggal ketiga pada Januari 2022.
KPM, katanya lagi, sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik bagi membanteras gejala buli di sekolah.
Firdaus Azil
Tue Dec 14 2021
Radzi berkata, sebagai tindakan segera, KPM akan mengarahkan semua sekolah melaksanakan program kesedaran bersama pegawai perhubungan sekolah dari Polis Diraja Malaysia tentang buli.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mampukah RUU Antilompat Parti kekang 'katak' politik? Ikuti Dialog Tiga Penjuru malam ini
Adakah RUU Antilompat Parti sudah memadai? Benarkah ia mampu menjamin kestabilan politik negara?
Isu buli: Sekolahku Sejahtera berlandaskan empat komponen utama - Radzi Jidin
Pendekatan itu bertujuan memupuk dan menerapkan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah.