TANJUNG MALIM: Tindakan segelintir pihak mendakwa bantuan keperluan harian di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Ipoh hanya tertumpu kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO, disifatkan sebagai satu lagi provokasi politik.
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad menegaskan, tidak timbul soal sama ada beliau Menteri Besar Perak atau Menteri Besar UMNO seperti yang heboh diperkatakan di media sosial baru-baru ini.
Ini kerana, jelasnya, peruntukan disalurkan kepada pihak yang memerlukan, tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Ujarnya lagi, keutamaan penyaluran bantuan PKPD di tiga kawasan iaitu Kampung Dato' Ahmad Said, Kampung Sungai Tapah dan Kampung Jelapang Baru di sini, diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Bagaimanapun, katanya, keperluan bagi mereka yang bergaji tetap atau berkemampuan tidak diabaikan memandangkan pihaknya telah memberi peluang untuk mereka keluar membeli barangan keperluan baru-baru ini.
"Soal pilih kasih ini tidak timbul. Keutamaan ialah kepada orang yang benar benar terkesan. Di tiga kawasan PKPD ini terdapat kira-kira 2,000 rumah, yang membabitkan 3,000 keluarga.
"Di situ ada kakitangan kerajaan yang bergaji tetap dan ada yang sudah pencen, ada juga orang yang pendapatannya bergantung kepada kerja harian.
"Dia (orang yang terjejas dan memerlukan bantuan) mungkin peniaga pasar malam, berniaga burger. Mereka ini yang terkesan secara langsung.
"Apabila kita lockdown, mereka tidak boleh berniaga, pendapatan langsung tiada. Mereka ini keutamaan kita. Tetapi bagi yang bergaji tetap, mereka ada wang untuk membeli.
"Saya dengar masalah mereka ialah kedai runcit tidak dibuka. Kita sudah beri ruang pada hari kedua (PKPD) supaya kedai dibuka, termasuk pasar raya Mydin, membolehkan mereka beli barang keperluan," katanya.
Saarani berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan PKPD di Politeknik Sultan Azlan Shah, di sini, pada Rabu.
Katanya lagi, tidak timbul soal pilih kasih sebagaimana yang didakwa pihak tertentu.
"Tolonglah, jangan menjadikan keadaan lebih rumit. Cuma saya mengaku ada orang yang merasakan bahawa mereka tidak mendapat perhatian sebab katanya saya berikan bantuan kepada yang terjejas secara langsung.
"Betul, sebab mereka ini apbila lockdown sahaja memang terkesan secara langsung. Kalau ada isu, ada penduduk di PKPD dikatakan sampai 48 jam tidak makan, tolong maklumkan secepat mungkin siapa orang itu," katanya lagi.
Terdahulu, sebuah portal di sini melaporkan bantuan yang disalurkan didakwa hanya tertumpu kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO semata-mata, yang mengagihkan kepada ahli mereka.
Dakwa portal itu lagi, ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Perak yang hanya datang untuk bergambar dan memuat naik ke media sosial, untuk tujuan politik beliau.
Aida Aziz
Wed Jun 09 2021

Tolonglah, jangan menjadikan keadaan lebih rumit, kata Saarani ketika hadir pada Program Menteri Besar Bersama Rakyat di Parlimen Tanjung Malim, 9 Jun, 2021. - Astro AWANI
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.