KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendesak proses yang sewajarnya diambil mengenai isu yang menyentuh integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tricia Yeoh penjelasan menyeluruh amat penting berhubung isu membabitkan dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Katanya, ini bagi memastikan kredibiliti SPRM sebagai sebuah institusi bebas yang berperanan membasmi rasuah dalam negara terjaga.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar yang memberitahu tidak menerima surat daripada bekas anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Prof Edmund Terence Gomez berhubung isu dakwaan pemilikan saham Azam, selain menyatakan berpuas hati dengan penjelasan Azam.
"Pada pandangan kami, kenyataan tersebut tidak sepenuhnya menangani kebimbangan masyarakat awam mengenai integriti SPRM.
"Kenyataan yang diberikan oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang ini merujuk kepada dakwaan terdahulu oleh Prof Edmund Terence Gomez mengenai perihal integriti LPPR, khususnya dakwaan yang merisaukan tentang 'hubungan antara perniagaan dan penguatkuasaan undang-undang' dan situasi 'konflik kepentingan' antara Tan Sri Azam Baki dan dakwaan pemilikan saham korporatnya.
"Walaupun IDEAS mengalu-alukan LPPR, namun memberikan respons susulan seruan awam untuk mengambil tindakan, dengan mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 November 2021 (bersama Tan Sri Azam Baki), kami bimbang apabila keputusan untuk membebaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah berdasarkan kepada satu mesyuarat sahaja, tanpa penyiasatan menyeluruh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Ujar beliau lagi, LPPR tidak menjalankan tugas dengan baik sekiranya membuat kesimpulan hanya berdasarkan penjelasan oleh Azam semata-mata.
"Kami juga kesal dengan kelewatan LPPR dalam mengumumkan keputusan mesyuarat tersebut kepada masyarakat awam (yang sepatutnya diumumkan) sejurus selepas mesyuarat berlangsung.
"Jika LPPR mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat khas tersebut berbanding menunggu lebih dari sebulan, keluh kesah rakyat berkenaan hal ini akan dapat dielakkan," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, katanya IDEAS menyeru supaya LPPR memberikan penjelasan telus terhadap kesimpulan yang dibuat.
Malah katanya, amat penting buat badan itu mendedahkan dasar atau kaedah yang diguna pakai dalam membersihkan nama Azam daripada sebarang kesalahan.
"Lebih penting lagi, LPPR perlu menjelaskan kepada masyarakat awam sama ada Tan Sri Azam Baki telah memenuhi kriteria pengisytiharan harta berdasarkan kepada pekeliling kerajaan bertajuk ‘Surat Pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 2002 (Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam)’ yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan harta mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, IDEAS berpandangan penjelasan berkenaan perkara ini amat penting dalam mengekalkan kredibiliti SPRM dalam perihal membasmi rasuah.
Jelasnya, amat penting buat Parlimen menilai dan membahas prestasi SPRM dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, katanya ini adalah waktu untuk badan luar yang bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang kepada SPRM untuk memainkan peranan mereka.
"Badan-badan tersebut ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, dan juga Panel Penilaian Operasi.
"IDEAS merasakan bahawa ini merupakan peluang kepada badan-badan tersebut untuk membuktikan mereka sedang melakukan sehabis baik dalam memberikan mekanisme semak dan imbang kepada SPRM," katanya.
Nickyson Nyambar
Wed Jan 05 2022
IDEAS berpendapat kenyataan tersebut tidak sepenuhnya menangani kebimbangan masyarakat awam mengenai integriti SPRM. - Gambar fail
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
DBKL arah henti serta merta, tiada lesen, ganggu lalu lintas
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square di Setapak, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu dan dijadual berakhir esok, diarah dihentikan bermula hari ini.
Penduduk minta selamatkan tanah tapak pesta
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong yang diambil alih bagi mendirikan depoh projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
CEO syarikat penyiaran tempatan direman dua hari
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita direman dua hari kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
18 PPS dibuka empat daerah di Johor terjejas
12 jalan terputus hubungan akibat banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor di mana bilangan manga yang dipindahkan ke 13 PPS juga semakin meningkat melebihi 1,000 orang.
AWANI Ringkas: Dua suspek dari Sarawak dibawa ke Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.
Isu Azam Baki: Kegagalan beri penjelasan menyeluruh hakis kepercayaan terhadap SPRM - IDEAS
IDEAS berharap penyiasatan segera terhadap konflik kepentingan ini dilakukan penuh telus dengan keputusan didedahkan kepada masyarakat.
Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa, soal Tricia Yeoh
Persoalan yang timbul jika PN kembali berkuasa adakah tawaran reformasi yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akan turut diberikan kepada pembangkang.
Ordinan Darurat menindas kebebasan bersuara - IDEAS
IDEAS bimbang dengan kuasa mutlak yang diberi kepada kerajaan untuk mendefinisikan sebarang bentuk bahan sebagai berita palsu.
IDEAS gesa pertimbangan jangka panjang pelaksanaan penjana
IDEAS menyifatkan PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat adalah tepat pada masanya.
Pengangguran perlu diurus secara efisien agar tidak berpanjangan - Penganalisis
Kadar ini sudah pasti akan meningkat namun usaha pengawalan harus dilakukan agar ekonomi dapat pulih dengan lebih cepat.
Tunku Zain dilantik pengerusi baharu IDEAS
Ia susulan peletakan jawatan bekas pengerusi Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria pada 2 Januari lalu.
IDEAS dibidas kerana kritik komen UMNO terhadap DAP sewaktu PAU2016
Anggota parti komponen Barisan Nasional, MCA berkata, tiada apa yang salah dengan kenyataan itu, kerana DAP juga sering membidas UMNO dan MCA dengan unsur-unsur perkauman.
Mustafar Ali paling sesuai pimpin SPRM - Ideas
SPRM perlu diterajui oleh individu dari dalam badan itu sendiri bagi memastikan agenda semasa dan kesinambungan kerja dalam badan itu dapat diteruskan.
Laman web pemerhati PRU13 dilancarkan
Laman web pemerhati Pilihan Raya Umum ke-13 akan dilancarkan sebagai permulaan kempen merekrut sukarelawan pemerhati.