Jangan lakukan 'simpanan panik' air agar tidak menjejas pemulihan sepenuhnya bekalan air Jumaat ini susulan kerja-kerja senggaraan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata gangguan bekalan air di kawasan Petaling Jaya, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur itu dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini (23 Dis).
Bagi memastikan gangguan bekalan air pulih seperti dijadualkan, para pengguna dinasihatkan tidak menyimpan air secara panik atau melebihi keperluan biasa, katanya.
"Jangan pula apabila kebiasaan penggunaan air sesebuah rumah ialah satu meter padu air tapi apabila berlaku gangguan bekalan mereka menyimpan tiga meter padu air.
"Ini 'panic storing' (simpanan panik). Air sebenarnya ada (semasa gangguan) tetapi amat terhad," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini berhubung gangguan bekalan air.
Lebih 3.8 juta pengguna di 814 kawasan di Lembah Klang mula menghadapi gangguan bekalan air hari ini susulan kerja senggaraan pencegahan dan pemasangan sistem perlindungan arka di PMU di Kuala Selangor.
Zaini berkata apabila 'panic storing' berlaku bekalan air dalam saluran paip dan loji akan habis dan masa yang lebih panjang diperlukan oleh pengguna untuk mendapatkan bekalan air di rumah masing-masing selepas bekalan pulih.
Beliau berkata kebiasaannya apabila 'hentitugas' loji rawatan air utama dilakukan, kawasan yang terletak di hujung sistem bekalan air dan kawasan tinggi akan mengalami gangguan bekalan air yang lebih lama.
"Ini kerana jumlah air secukupnya diperlukan supaya sistem agihan dapat berfungsi seperti sedia kala dalam keadaan rizab margin yang rendah iaitu dua hingga tiga peratus sahaja," katanya.
Zaini berkata Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menyediakan 64 buah lori tangki air untuk dibekalkan kepada pengguna yang terjejas, khususnya bagi keperluan majlis keramaian dan kecemasan.
Ditanya mengenai keputusan tidak menangguhkan kerja senggaraan TNB ke tarikh lain, beliau berkata tarikh 19 Disember dipilih setelah mengambil kira beberapa faktor antaranya kerana kerja hentitugas Loji Rawatan Air Langat pada 6 Dis lepas serta peperiksaan utama persekolahan sudah tamat.
Satu lagi faktor ialah penggunaan air per kapita pada hujung tahun yang lebih rendah berbanding bulan-bulan lain, jelas beliau.
"Berasaskan kepada data pemantauan rapi oleh TNB ke atas sistem PMU di Bukit Badong, KeTTHA memutuskan bahawa kerja-kerja senggaraan pencegahan TNB perlu dilaksanakan segera bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik tidak berjadual yang lebih serius," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016

Jangan lakukan 'simpanan panik' air agar tidak menjejas pemulihan sepenuhnya bekalan air Jumaat ini susulan kerja-kerja senggaraan TNB. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Isu air: Jangan buat simpanan panik - KeTTHA
Jangan lakukan 'simpanan panik' air agar tidak menjejas pemulihan sepenuhnya bekalan air Jumaat ini susulan kerja-kerja senggaraan TNB di PMU Bukit Badong

Hampir 3.9 juta pengguna mula hadapi gangguan bekalan air
Kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang hari ini mula menghadapi gangguan bekalan air susulan kerja penyelenggaraan TNB di PMU Bukit Badong.