PASIR PUTEH: Perbezaan umur yang ketara iaitu 34 tahun menyebabkan pasangan suami isteri dari Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal di sini sering disalah erti apabila hubungan mereka dianggap seperti nenek dan cucu.
Muhammad Amin Jumdail, 28, yang berasal dari Semporna, Sabah berkata, walaupun di mata orang ramai isterinya, Rokiah Samad, 62, kelihatan seperti warga emas namun baginya, nenek kepada 22 orang cucu itu berjiwa muda serta cantik umpama bidadari.
Menceritakan kembali detik awal perkenalan mereka, Muhammad Amin memberitahu, ia bermula daripada komen yang ditinggalkan di laman TikTok.
"Dari situ kami mula berhubung dan September lalu mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan.
"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, apabila kesemua 10 orang anak-anak isteri menerima saya seadanya," katanya.
Menurutnya, sikap matang, manja dan memahami yang ada pada Rokiah menyebabkan dia jatuh cinta kepada wanita tersebut.
Ujar Muhammad Amin, dia memilih untuk menetap di Kelantan dan meneruskan kerjaya sebagai tukang urut serta menjalankan perniagaan secara dalam talian.
Sementara itu Rokiah berkata, Muhammad Amin merupakan suami ketiganya.
"Beza umur suami pertama sekitar enam tahun, suami kedua pula orang muda juga, sebaya dengan Muhammad Amin.
"Namun jodoh kami tidak panjang kerana dia bekerja di China," ujarnya.
Dia berkata, mendapat suami muda adalah rezeki buatnya dan tidak sukar untuk dijaga.
Menurut Rohani, paling utama sikap saling menghormati, memahami serta rasa cinta di antara satu sama lain.
"Kalau boleh, biarlah dia menjadi suami terakhir saya," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 13 2023
Rokiah sentiasa dimanjakan oleh Muhammad Amin. - Foto Sinar Harian
Lunaskan sebelum tahun berakhir, pelbagai ganjaran menanti
Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - MAIWP laksana Kempen Year End Zakat (YEZ) 2024 melalui pelbagai perkhidmatan dan saluran pembayaran bagi memudahkan orang ramai.
Dialog Anak Muda: Soal ekonomi gaji 2025: Bukan pasal ‘old money’
Apa yang menjadi kebimbangan anak muda untuk tahun 2025? Adakah nasib mereka akan berubah? Diskusi #Andalan2025 dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini
JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan.
Kotak hitam kedua pesawat Embraer 190 ditemui di lokasi kejadian
Menurut seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Kazakhstan pada Khamis, kotak hitam tersebut sudah diserahkan kepada jabatan siasatan.
Ahli Parlimen kepung podium, bantah keputusan pecat Han Duck Soo
Usul yang diketuai oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) diluluskan dengan 192 daripada 300 undi menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka.
Kerajaan Belgium haramkan penjualan vape bermula Januari
Belgium muncul sebagai negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang mengumumkan akan mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) pakai buang berkuatkuasa Januari depan.
6,611 projek pembangunan hampir RM1 bilion dilaksana tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan sebanyak 6,611 projek bernilai hampir RM1 bilion sepanjang 2024.
Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Aktivis yakin kejadian di UM dilakukan psikopat
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemuakan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di Universiti Malaya baru-baru ini mungkin dilakukan psikopat.
Sebatan di khalayak: Perlu harmoni antara perundangan sivil dan syarak - KP IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk kes sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
'Isteri sering disangka nenek'
Perbezaan umur yang ketara iaitu 34 tahun menyebabkan mereka sering disalah erti apabila hubungan mereka dianggap seperti nenek dan cucu.