Isteri Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, Betty ditahan kira-kira pukul 11 pagi ketika diminta hadir ke ibu pejabat SPRM di Pulau Pinang.
Jelas Azam, selain Betty, SPRM turut menahan ahli perniagaan Phang Li Koon pada Khamis dipercayai berkait rapat dengan pembelian sebuah rumah banglo pada 2015.
"Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bersama Guan Eng pada Selasa, 11 Ogos ini atas pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA 2001 dan 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah
Azam turut menjelaskan, kedua-dua wanita itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Jumaat.
Guan Eng telah ditahan pada jam 9.30 malam Khamis selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Menteri Kewangan itu berhubung kes terowong dasar laut di Pulau Pihang pada esok pagi (7 Ogos) di Mahkamah Khas Rasuah di Jalan Duta di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bawah akta yang sama.
Namun, hari ini, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta suapan berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Jenayah 9 di hadapan Hakim Azura Alwi atas dakwaan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Assim Hassan
Fri Aug 07 2020
![Isteri Guan Eng dan ahli perniagaan ditahan, sebelum dibebas SPRM Isteri Guan Eng dan ahli perniagaan ditahan, sebelum dibebas SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596794443_BettyChew.jpg)
Selain Betty, SPRM turut menahan Phang pada Khamis dipercayai berkait rapat dengan pembelian sebuah rumah banglo pada 2015. - Gambar fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Pembelaan kemuka aduan isteri Guan Eng tidak dibenar masuk mahkamah Pembelaan kemuka aduan isteri Guan Eng tidak dibenar masuk mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41648803297_FBREAKLimGuanEng.jpg)
Pembelaan kemuka aduan isteri Guan Eng tidak dibenar masuk mahkamah
Pembelaan Guang Eng mengemukakan aduan kepada hakim Mahkamah Sesyen di sini mengenai protokol keselamatan yang ketat.
![Pengurusan kes rasuah Lim Guan Eng disebut semula 19 Feb depan Pengurusan kes rasuah Lim Guan Eng disebut semula 19 Feb depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599631158_LimGuanEng.jpg)
Pengurusan kes rasuah Lim Guan Eng disebut semula 19 Feb depan
Hakim membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan memohon kepada mahkamah untuk melengkap dokumen berkaitan kes tersebut sebelum diserahkan kepada pihak mahkamah.
![Kenapa samakan menantu saya seperti Rosmah? - Kit Siang Kenapa samakan menantu saya seperti Rosmah? - Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520847287_LimKitSiang.jpg)
"Kenapa samakan menantu saya seperti Rosmah?" - Kit Siang
Menerusi email itu, Kit Siang yang mengenali Betty sejak tiga dekad lalu mempersoal mengapa wujud cubaan untuk menyamakan menantunya itu dengan Datin Seri Rosmah Mansor kedua.
![Isteri Guan Eng dan ahli perniagaan ditahan, sebelum dibebas SPRM Isteri Guan Eng dan ahli perniagaan ditahan, sebelum dibebas SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596794443_BettyChew.jpg)
Isteri Guan Eng dan ahli perniagaan ditahan, sebelum dibebas SPRM
Isteri Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada Jumaat.