SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri menyifatkan lawatan rasmi pertamanya ke negara jiran selatan Singapura sebagai berjaya.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Singapura terutama rakan sejawatannya Lee Hsien Loong terhadap sambutan yang sangat mesra dengan semangat kekeluargaan.
"Hubungan kedua-dua negara sangat rapat, sebagai sebuah negara jiran yang mempunyai sejarah begitu lama," katanya dalam persidangan media bersama media Malaysia sejurus selepas lawatan berakhir.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke republik Singapura sebagai Perdana Menteri, sebagai memenuhi undangan Lee.
Ia juga merupakan lawatan kedua Ismail Sabri ke negara jiran sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos lepas.
Beliau yang tiba di sini awal pagi ini turut bersama Lee melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura di Woodlands Checkpoint.
Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata dalam pertemuan empat mata bersama Lee, pembukaan VTL laut yang menghubungkan Tanah Merah ke Desaru dan juga 'cruise' dari Singapura ke Pelabuhan Klang dan Langkawi turut dibincangkan.
"Kita percaya pembukaan lebih banyak akan memberi faedah kepada seluruh negara, bukan saja dari segi pelancongan yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan malah kepada perdagangan," katanya.
Beliau berkata pembukaan sempadan bersama Singapura yang merupakan rakan dagangan Malaysia yang terbesar diyakini akan memberi tempias kepada Johor, khususnya dan kawasan bersempadan seperti Melaka yang juga merupakan destinasi pilihan rakyat Singapura.
Perdana Menteri juga berkata kategori pengguna bagi VTL darat mungkin akan diperluas selepas 23 Dis ini, namun ia bergantung kepada kesan pembukaan fasa pertama VTL darat ketika ini.
"Ia sebagai 'trial basis' atau percubaan awal untuk melihat kesan kepada pembukaan ini. Kita tidak mahu juga selepas pembukaan, timbul kes meningkat. Kita akan pantau, dan kita akan buka lebih banyak lagi.
"Jika kes tidak meningkat, lebih banyak ruang yang akan kita berikan untuk melonggarkan perjalanan rakyat kedua-dua negara," katanya.
Ketika ini inisiatif VTL darat hanya membenarkan pengguna yang merupakan warga Malaysia, Singapura, dan pemastautin serta pemilik Pas Jangka Panjang Singapura dan Malaysia.
Ditanya adakah skim VTL akan diperluas ke negara lain selain Singapura, Ismail Sabri berkata beliau berharap perbincangan dapat dilakukan dengan negara jiran di utara, Thailand.
Beliau juga berharap untuk mewujudkan lebih banyak laluan seperti 'green travel bubble' dengan Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan sebahagian provinsi di China, yang kes COVID-19 di negara masing-masing dilihat terkawal.
Dalam lawatan rasminya ke Singapura hari ini beliau menghadiri majlis sambutan di Istana di sini dengan memeriksa kawalan kehormat dan seterusnya menandatangani buku pelawat.
Perdana Menteri turut diberi penghormatan apabila satu spesis hibrid anggerik baharu dinamakan sempena namanya, dan beliau kemudiannya membuat kunjungan hormat keatas Presiden Singapura Halimah Yacob.
Turut hadir Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Ismail Sabri turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Singapura terutama rakan sejawatannya Lee Hsien Loong terhadap sambutan yang sangat mesra dengan semangat kekeluargaan. - Gambar/ Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).