KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi ruang sehingga tamat penggal pada 2023 untuk terus menerajui pentadbiran negara, kata beberapa pemimpin kerajaan.
Menurut mereka, keperluan itu berlandaskan faktor Ahli Parlimen Bera itu mencapai beberapa kejayaan awal dalam tempoh 100 hari selepas mula memegang jawatan itu pada 21 Ogos tahun ini.
Bagi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman,
antara kejayaan yang dicapai Perdana Menteri ialah sokongan majoriti dua pertiga untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, sokongan Bajet 2022 serta Rancangan Malaysia Ke-12.
Selain itu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Ismail Sabri juga berjaya memulihkan ekonomi, biarpun tidak sepenuhnya.
"Itu menunjukkan kehebatan, kewibawaan dan kepimpinan seorang Perdana Menteri. Jadi kita ucapkan tahniah dan syabas kepada beliau dan daripada pihak backbenchers yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan, menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
"Mudah-mudahan beliau dapat terajui kerajaan sehingga habis penggal 2023, supaya keadaan terus stabil, terus mantap dan kukuh serta dapat sokongan semua pihak.
“Sebagaimana kita sedia maklum, bukan saja dari pihak kerajaan, pihak pembangkang juga, Pakatan Harapan pun telah berjanji dan menyokong kerajaan ini dan Perdana Menteri. Jadi kita ucap terima kasih kepada pembangkang. Ini adalah new politics, matured politics dibawa oleh Perdana Menteri,” kata beliau dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.
Turut serta dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen dari pelbagai parti politik termasuk Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas 200 ahli menyokong pindaan itu manakala 20 lagi tidak hadir.
Rang undang-undang itu antara lain bertujuan menukar status Sabah dan Sarawak dari negeri kepada rakan sekutu dalam Persekutuan Malaysia.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau mengharapkan sokongan terus kepada Perdana Menteri dan tiada pilihan raya sehingga tamat penggal ini.
"Sebagai backbenchers kita mesti beri sokongan kepada Perdana Menteri kita untuk beliau teruskan sehingga 2023. Rakyat tahu yang kerajaan yang dipilih tu selama lima tahun untuk satu penggal.
“So, we have to support the Prime Minister sehingga habis tempoh PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), then we can have election. A lot can be done for rakyat and the nation,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Karim yang mewakili GPS merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana prinsip semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Menurut Rohani, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkait Perjanjian Malaysia 1963 yang dicapai di Dewan Rakyat hari ini membuktikan kekuatan seluruh rakyat.
“Syukur… ini semangat kelurga Malaysia yang sebenarnya yang sangat kita alu-alukan, dengan semangat Keluarga Malaysia semua ktia akan rasa kekuatan.
“(Mengenai) MA63, saya ucap jutaan terima kasih kepada rakan-rakan semua yang beri sokongan yang begitu besar sekali dan bagi saya ini semangat keluarga Malaysia.
“Hadiah ini untuk rakyat Sarawak dan Sabah. Sangat signifikan (ketika) kita sedang melaluii PRN (Pilihan Raya Negeri) Sarawak. Mudah-mudahan dengan petunjuk ini kita sama-sama doakan bahawa PRN kali ini kita akan saksikan kekuatan yang baharu dari keluarga Malaysia,” kata Rohani.
Mewakili Pas pula, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sependapat bahawa kepimpinan Ismail Sabri harus disokong penuh kerana berjaya membina wadah baharu kepada negara.
Mohd Khairuddin juga yakin banyak rancangan lain yang boleh dilaksanakan Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia.
“Kami (Pas) berdiri penuh bersama dengan Yang Amat Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri sehingga akhir penggal,” ikrar Mohd Khairuddin.
Firdaus Azil
Tue Dec 14 2021

Kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus disokong penuh kerana disifatkan beberapa pemimpin kerajaan berjaya membina wadah baharu kepada negara. - Gambar BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.