BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa, mudah didekati dan menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit.
Berkongsi sisi peribadi Ahli Parlimen Bera itu, kenalan lamanya Abu Hassan Mohd Endut, 73, yang sudah mengenali Ismail Sabri lebih 20 tahun ketika sama-sama mula bergiat aktif dalam UMNO menyifatkan beliau sebagai seorang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.
"Beliau tak suka orang tunggu dia... akan cuba menepati masa malah ada masanya tiba lebih awal daripada waktu dijanjikan.
"Doa kami semoga beliau dapat menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin dan dipermudahkan semua urusan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bandar Bera di sini hari ini.
Seorang lagi kenalan lama kepada naib presiden UMNO itu, Ismail Mohd Ishak, 74, berkata Ismail Sabri adalah seorang yang kuat bekerja serta bijak menyesuaikan diri dengan suasana atau ketika berhadapan dengan sesuatu isu.
Beliau menyifatkan Ismail Sabri, meskipun tegas dalam hal kerja, masih boleh berseloroh dengan semua golongan usia menyebabkan keperibadiannya disukai penduduk tempatan kerana 'ibarat tiada jurang besar semasa mereka berada dalam majlis keramaian tidak formal.
Sementara itu, Azhar Mohamad, 56, yang juga anak saudara kepada Ismail Sabri, menyifatkan bapa saudaranya yang dipanggil 'Pok Su Yie' itu mementingkan hubungan kekeluargaan dan juga kesayangan ramai.
Beliau berkata mereka sudah lama tidak bersua muka namun memahami dengan kekangan pandemik COVID-19, selain bapa saudaranya juga sebelum ini sibuk menggalas tugas berat sebagai seorang daripada pemimpin penting negara dalam berdepan pandemik itu.
"Beliau patuh kepada peraturan yang ditetapkan sedangkan sebelum ini, rumah saya adalah destinasi wajib beliau dan keluarga datang berziarah," katanya.
Bukan hanya ahli keluarga atau rakan, Tok Batin Kampung Bukit Gemuruh di sini Johari Salam, 53, turut menyifatkan perdana menteri sebagai seorang yang suka bergaul dan sering mengambil berat mengenai perihal penduduk Bera termasuk kebajikan masyarakat Orang Asli.
"Beliau tidak anak tirikan masyarakat Orang Asli di kawasan Bera dan sentiasa bersedia untuk membantu dari segi prasarana dan sebagainya, itu memang sifatnya dari dahulu lagi," katanya.
Johari berkata dengan kebolehan dan pengalaman dimiliki, beliau yakin dan percaya selepas 'naik pangkat' menjadi perdana menteri, Ismail Sabri mampu mentadbir ketika ekonomi dan aspek kesihatan negara berada di tahap kurang baik akibat pandemik COVID-19.
Bagi K.Murugan, 49, masyarakat India di kawasan berkenaan tidak berhadapan kesukaran untuk meminta bantuan daripada Ketua Umno Bahagian Bera itu kerana beliau tidak bersikap pilih kasih selain mudah dihubungi dan sedia menghulurkan tangan ketika mana-mana pihak perlukan pertolongan.
"Macam-macam beliau sudah buat untuk kami (masyarakat India) antaranya dari segi aspek pendidikan yang sangat dipentingkan dan masa beliau jadi Ahli Parlimen kami pun dah dapat dua sekolah Tamil iaitu di Kemayan dan Triang," katanya.
Lim Seng Tiong, 58, berkata pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri diharap dapat membawa lebih banyak pembangunan di daerah Bera yang kini mempunyai beberapa rangkaian restoran makanan segera, kem tentera dan juga sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
"Infrastukur juga semakin baik misalnya jalan dari Temerloh boleh terus menghala ke Negeri Sembilan yang menjadi antara laluan utama rakyat Pantai Timur ke Selatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa, mudah didekati dan menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit. -Gambar fail
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
'Ismail Sabri pentingkan ketepatan masa, utamakan kebajikan rakyat'
Pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri diharap dapat membawa lebih banyak pembangunan di daerah Bera.