JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.
Beliau berkata pandangan berkenaan antara yang disuarakannya secara peribadi, ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha dan delegasinya di sini, hari ini.
"Islamafobia ialah sikap melampau benci dan anti Islam yang tidak munasabah, tidak siuman kerana dia mengambil sikap yang agak benci kepada semua penganut Islam dan memandang rendah dan menghina agama dan pegangan umat.
"Jadi kita menyatakan harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa (dalam soal ini)," katanya dalam sidang media selepas kunjungan hormat berkenaan, yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Perdana Menteri dan delegasi tiba di Jeddah hari ini, bagi lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi.
Anwar berkata beliau turut memberi jaminan, bahawa Malaysia akan terus memainkan peranan bukan sahaja sebagai anggota aktif OIC, malah sebagai antara negara pengasas pertubuhan itu dalam menangani pelbagai isu dihadapi umat Islam seluruh dunia.
"Manakala pihak Turkiye bersama Malaysia akan bersama-sama dalam usaha mengetengahkan isu Islamofobia, supaya difahami dan jangan kita biarkan serangan beberapa kelompok di barat yang benci pada agama, tapi kita harus mengambil sikap memberi jawapan yang tegas," katanya.
Selain itu, Anwar berkata beliau turut membangkitkan isu Palestin dengan menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menyokong perjuangan hak warganya, selain mahu kerjasama rapat Malaysia dan OIC dalam hal berkenaan.
Dalam pertemuan berkenaan, Perdana Menteri berkata beliau turut melaporkan usaha dan kesediaan Malaysia dalam membantu isu di selatan Thailand, dengan meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Thailand, serta isu umat Islam di selatan Filipina.
"Seperti mana juga di selatan Filipina, di Mindanao. Bila perbincangan saya dengan Presiden Ferdinand R. Marcos Jr ini kita laporkan, supaya pihak OIC dapat mendengar sendiri tentang langkah-langkah kita cuba selesaikan masalah, membantu Filipina dan umat Islam yang sekarang diberi kuasa sementara," katanya.
Selain itu, Anwar berkata pihak OIC memaklumkan beberapa langkah telah diambil, umpamanya kerajaan Arab Saudi akan mengadakan satu persidangan wanita peringkat antarabangsa untuk menekankan kepentingan pendidikan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
![Islamofobia: Harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa - PM Anwar Islamofobia: Harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679493652_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan Setiausaha Agung Persatuan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha. - Foto BERNAMA
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716587017_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
![Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714059291_TBMohamadHasan.jpg)
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
![Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia - PM Anwar Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710476816_TBdsaijpg.jpg)
Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia - PM Anwar
Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.
![PM bertemu badan pemikir Islam antarabangsa, tangani Islamofobia PM bertemu badan pemikir Islam antarabangsa, tangani Islamofobia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710459780_tbAnwarIbrahim.jpg)
PM bertemu badan pemikir Islam antarabangsa, tangani Islamofobia
Perdana Menteri membincangkan perihal Islamofobia yang disifatkan semakin membarah di Eropah.
![Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695880684_tbMohdNaimMokhtar.jpg)
Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.
![Ketegasan tangani Islamofobia, cermin komitmen kerajaan pertahan kesucian Islam - Pakar Ketegasan tangani Islamofobia, cermin komitmen kerajaan pertahan kesucian Islam - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695445658_AnwarIbrahim.jpg)
Ketegasan tangani Islamofobia, cermin komitmen kerajaan pertahan kesucian Islam - Pakar
Tokoh agama berkongsi pandangan sama dengan Perdana Menteri yang tegas berhubung isu Islamofobia dalam Kenyataan Negara di UNGA Ke-78.
![PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695427354_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di New York.
![Malaysia satu-satunya negara perjuang hak Palestin di Sidang Kemuncak ASEAN - PM Anwar Malaysia satu-satunya negara perjuang hak Palestin di Sidang Kemuncak ASEAN - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694089079_ANWARIBRAHIMPALES.jpg)
Malaysia satu-satunya negara perjuang hak Palestin di Sidang Kemuncak ASEAN - PM Anwar
Anwar berkata, Malaysia konsisten perjuang nasib rakyat Palestin tatkala dunia seolah-olah lebih ambil berat tentang peperangan Rusia dan Ukraine
![Tanggungjawab bersama anggota OIC untuk tangani Islamofobia - Ahmad Zahid Tanggungjawab bersama anggota OIC untuk tangani Islamofobia - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693351040_ZahidHamidi.jpg)
Tanggungjawab bersama anggota OIC untuk tangani Islamofobia - Ahmad Zahid
Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan penglibatan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa.
![Turkiye, Malaysia bersama-sama tangani kebimbangan berkaitan Islamophobia Turkiye, Malaysia bersama-sama tangani kebimbangan berkaitan Islamophobia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689483889_AnwarIbrahim.jpg)
Turkiye, Malaysia bersama-sama tangani kebimbangan berkaitan Islamophobia
Turkiye dan Malaysia akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka serta bersama-sama menangani kebimbangan berkaitan Islamofobia, kata Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan.