KUALA LUMPUR: Bermula dengan memberi pertolongan kepada mangsa bencana alam, seorang petugas misi bantuan kemanusiaan akhirnya fokus kepada kerja-kerja dakwah sehingga berjaya mengislamkan lebih 300,000 penduduk di Cebu, Filipina setakat ini
Presiden Briged Bakti Malaysia Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata, segalanya bermula ketika beliau menjejakkan kaki ke wilayah berkenaan pada 10 Januari 2014.
Menurutnya, misi beliau ke sana ketika itu bertujuan untuk memberi bantuan kepada mangsa Taufan Haiyan.
Katanya, selaku Presiden Malaysia Relief Agency (MRA) pada ketika itu beliau memberi pelbagai bantuan termasuk makanan, rawatan, perubatan dan baik pulih tempat tinggal.
"Pada masa sama, saya juga membina hubungan baik dengan masyarakat di sana. Apabila bergaul, ramai dalam kalangan mereka yang berminat dengan Islam dan bertanya bagaimana hendak memeluk Islam.
"Bermula 2015, saya tumpu kepada kerja dakwah. Hingga ke hari ini lebih 300,000 orang sudah diislamkan. Di sana, orang Islam pada asalnya berjumlah 20,000 ke 30,000 orang sahaja," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Taman Duta di sini pada Khamis.
Sebelum itu, beliau menerima zakat sebanyak RM1 juta daripada Datuk Muhamad Fasri Samsudin dan isteri, Datin Rusnah Hussin bagi kerja-kerja dakwah di Cebu.
Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan bekas-bekas pelajar Malaysia di Ireland.
Abdul Razak berkata, beliau juga menubuhkan Yayasan One Dakwah Foundation Incorporated di Filipina bagi melindungi pergerakan dakwah mereka di negara itu.
Jelasnya, kerja-kerja mengembangkan Islam di negara berkenaan tidak mendatangkan masalah malah disambut baik oleh semua pihak termasuk polis kerana kami membawa Islam yang sederhana.
"Ini yang mereka mahukan dan bukan Islam yang ekstrem. Cuma, kerja-kerja dakwah ini tidak disokong oleh kerajaan walaupun boleh dibuat tanpa sekatan.
"Jadi, bagi memastikan ajaran Islam terus berkembang, kita kena ada masjid di kampung-kampung. Satu masjid kecil berharga RM500,000 dan ini merupakan cabaran kita," ujar beliau.
Sementara itu, Muhamad Fasri menjelaskan, sumbangan zakat bertujuan memastikan usaha dakwah di Cebu dapat diteruskan.
"Sebagai kawan, saya banyak mencontohi Dr Abdul Razak melakukan kerja dakwah namun lebih tertumpu di Thailand, Laos dan Myanmar.
"Saya harapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh beliau bagi meningkatkan syiar Islam di Cebu," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024

Muhamad Fasri (kanan) dan isteri, Rusnah (dua dari kiri) menyerahkan zakat bernilai RM1 juta kepada Abdul Razak (dua dari kiri) untuk kerja-kerja dakwah di Pulau Cebu, Filipina.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Islamkan 300,000 orang penduduk Cebu dalam tempoh 10 tahun
Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata, segalanya bermula ketika beliau menjejakkan kaki ke wilayah berkenaan pada 10 Januari 2014.

Dua bulan pak cik tidur dalam kereta, Aidiladha ini direzekikan rumah
Simpati dengan kehidupan pak cik yang serba susah, Ustaz Ebit menghadiahkannya sebuah rumah sewa yang menempatkan juga kucing-kucing yang dijaga pakcik selama ini.

Ambil kira nasib guru al-Quran di Kelantan - Tok Pa
Guru al-Quran yang mengajar di kampung seluruh Kelantan sebelum ini diberikan elaun RM400 sebulan sebagai menghargai jasa mereka memperkembangkan al-Quran kepada anak-anak di seluruh negeri.