Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) sedia membantu mendapatkan dana untuk menampung kos rawatan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang mengalami komplikasi selepas berkhatan di klinik swasta di sini baru-baru ini.
Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata berdasarkan lawatan pihaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan memerlukan rawatan segera.
"Setakat ini keluarga kanak-kanak itu menyatakan mereka belum mendapat apa-apa maklumat daripada pihak hospital mengenai pembedahan kanak-kanak itu, kos atau jika perlu rawatan di luar negara.
"Jadi kita harap pihak hospital dapat memberi penjelasan segera kepada keluarga mangsa bagi membolehkan mereka membuat perancangan lanjut, termasuk jika perlu kumpul dana untuk rawatan susulan bagi mengelak kemungkinan kesan lebih buruk terhadap masa depan kanak-kanak itu," katanya kepada Bernama.
Pada 15 Dis lepas, kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di HKL setelah kepala kemaluannya terputus semasa prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh.
Keluarga mangsa kemudian menghantar anak mereka ke HKL pada petang kejadian bagi menyambung semula kepala kemaluan yang terputus, namun selepas hampir seminggu, kemaluan mangsa bertukar hitam.
Dalam kunjungi itu, wakil IRIMM turut melawat seorang lagi kanak-kanak berusia 10 tahun yang juga terpaksa mendapatkan rawatan di HKL kerana terpotong kepala kemaluan ketika berkhatan menggunakan teknik laser di sebuah klinik di Cheras Utama, Kajang pada 20 Dis lepas.
Mangsa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum dirujuk ke HKL.
Dalam pada itu, IRIMM turut menggesa tindakan sewajarnya diambil terhadap dua pengamal perubatan terlibat supaya kejadian serupa tidak berulang.
"Kita mahu tahu status doktor terlibat, sama ada layak menjalankan kerja-kerja berkhatan," kata Amir Amsaa.
Katanya, IRIMM juga mengalu-alukan cadangan agar pengamal perubatan swasta atau awam menjalani latihan bagi melakukan kerja berkhatan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setelah dibuat pembedahan, kedua-dua kanak-kanak itu boleh membuang air kecil, namun buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan kekurangan yang mungkin mereka alami apabila dewasa kelak. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 02 2017

Pada 15 Dis lepas, kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di HKL setelah kepala kemaluannya terputus semasa prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh. - Sekadar gambar hiasan

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Panjat bumbung klinik kerana takut bersunat
Gambar kanak-kanak itu di atas bumbung dikongsi seorang doktor, Dr. Anik Sutari ke Facebook.

Cina pun 'masuk jawi'
Debaran berkhatan turut ditempuhi seorang lelaki berusia 31 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Alex.

Khatan sampai terputus kepala 'anu', KKM panggil kakitangan kes saman kecuaian
Remaja 18 tahun alami kecacatan kekal apabila kepala alat sulitnya terputus ketika berkhatan lapan tahun lepas.

Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam
Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

IRIMM sedia bantu keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan
IRIMM sedia membantu mendapatkan dana untuk menampung kos rawatan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang mengalami komplikasi selepas berkhatan di klinik swasta.

Keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan berharap dapat bantuan pakar
Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan.

Polis sahkan video kanak-kanak putus kemaluan adalah benar
Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat adalah benar.