IPOH: Bandar Taiping sering meniti di bibir ramai orang setiap kali merujuk kepada perkara yang pertama di Malaysia, namun ramai yang terlepas pandang bahawa Ipoh juga mengikut jejak langkah sama.
Ipoh yang sinonim dengan "Ipoh mali talak sombong" ini dikatakan mempunyai 10 perkara pertama di Malaysia, malah ada di antaranya masih kekal dan boleh ditatap oleh generasi sekarang.
Mengupas lebih lanjut berhubung fakta ini, Astro AWANI mendapatkan maklumat lanjut daripada aktivis sejarah yang juga Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee.
Menurut Nor Hisham, kewujudan perkara yang pertama di bandar raya ini dipercayai ada hubung kait dengan perkembangan Ipoh yang pernah mendapat julukan bandar jutawan sekitar tahun 1910.
"Jika Taiping terkenal dengan 33 perkara pertama, Ipoh juga ada kisahnya tersendiri dan ada warisan yang masih kekal sampai sekarang.
"Mungkin selama ini kita hanya fikirkan tentang Taiping kalau bercakap soal yang pertama di Tanah Melayu atau Malaysia.
"10 perkara pertama Malaysia yang ada di Ipoh ini mungkin ada kaitan dengan zaman kemuncak perusahaan bijih timah dan perladangan getah suatu masa dahulu," katanya.
Nor Hisham berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perancang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), terdapat 10 perkara pertama di Tanah Melayu dan Malaysia.
Beliau menghuraikan 10 yang pertama itu ialah; Pusat Pendaftaran Kenderaan Pertama di Malaysia, yang ditubuhkan pada 1911 manakala Pameran Pelan Bandar Ipoh pula merupakan pelan perancangan bandar pertama Malaya, yang diadakan pada September 1927.
Seterusnya, Restoran Pertama di Malaya iaitu FMS Bar di Brewster Road (Jalan Sultan Idris Shah) pada tahun 1906, Pemasangan Lampu Isyarat Pertama Malaya, di persimpangan Jalan Tambun/Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) dan Jalan Gopeng/Brewster Road (Jalan Sultan Idris Shah) pada tahun 1937.
Katanya lagi, selain itu, Pejabat Jabatan Kajian Geologi Pertama Malaya siap dibina di Tiger Lane pada tahun 1957, Pemasangan Lampu Jalan Berwap Pertama di Malaya di Jalan Tambun pada tahun 1938.
Pemasangan Meter Letak Kereta Pertama di Jalan Sheikh Adam pada tahun 1961, Pihak Berkuasa Tempatan Pertama menguruskan perpustakan awam di Malaya pada tahun 1962.
Pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Pertama di Malaya pada 1962 dan akhir sekali Ipoh diberikan status bandar raya menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan Pertama Dinaiktaraf Kepada Majlis Bandaraya pada tahun 1988.
"Pusat Pendaftaran Kenderaan Pertama ini ada kaitan dengan nombor plat A di Perak, dulunya Ipoh banyak kenderaan jadi pusat itu ditubuhkan di sini (Ipoh).
"FMS Bar masih lagi beroperasi berdekatan Padang Ipoh, asalnya ia merupakan kelab atau tempat untuk masyarakat bukan Eropah berkumpul.
"Pemasangan Lampu Isyarat Pertama ini berdekatan dengan bulatan Kediaman Menteri Besar Perak, sebelum dibina bulatan di situ, terdapat lampu isyarat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang banyak ketika itu.
"Pejabat Jabatan Kajian Geologi Pertama ini masih wujud sampai sekarang, bangunan yang masih sama dan dijadikan Muzium Geologi. Ia menarik untuk dikunjungi kerana banyak maklumat menarik berkenaan geologi ada di situ," katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya sentiasa berusaha memberikan maklumat dan pengetahuan am tentang sejarah dan warisan negara kepada umum.
Jelasnya lagi, pelbagai inisiatif telah digerakkan meskipun ada ketikanya mereka berdepan pelbagai cabaran dan dugaan demi mempertahankan warisan yang mungkin akan tenggelam dek zaman.
Sebagai contoh katanya, pihaknya sentiasa mengambil peluang menyertai pameran pada program tertentu seperti Hari Tanpa Kereta di Ipoh, di samping menyampaikan ilmu di sekolah dan universiti.
"Setiap bulan kami akan buka gerai pameran di Hari Tanpa Kereta anjuran MBI, di situ kami dapat sebarkan ilmu tentang sejarah, asal usul dan warisan negeri Perak khususnya serta negara amnya.
"Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai memang menggalakkan. Mereka akan singgah dan bertanyakan sesuatu jika topik yang kami ketengahkan menarik perhatian," katanya lagi.
Aida Aziz
Sun Oct 02 2022
Restoran Pertama di Malaya iaitu FMS Bar di Brewster Road (Jalan Sultan Idris Shah) yang dibuka pada tahun 1906. - Foto Nor Hisham Zulkiflee
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Suami rayu kesan isteri hilang lebih sebulan
Muhammad Noor bimbang selepas isterinya gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengutip besi lusuh.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.