KEMAMAN: Hampir 800 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman berganding bahu bagi mengimbau serta menjayakan sambutan malam tujuh likur di Perumahan Polis Bukit Mentok di sini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata, limpahan cahaya pelita dan lampu pelbagai bentuk diilhamkan warga IPD Kemaman untuk memeriahkan Aidilfitri yang bakal menjelma.
Menurut Hanyan, inisiatif itu juga bertujuan mengubat kerinduan terhadap kampung halaman setiap warga IPD Kemaman yang terpaksa bertugas pada hari lebaran.
"Ini adalah tahun yang kedua, Alhamdulillah, untuk tahun yang kedua ini, kita nak jadikan macam satu tradisi, supaya ianya akan berterusan, sampai bila- bila.
"Dalam memotivasikan pegawai dan anggota yang bertugas pada pagi raya nanti," katanya.
Bagi warga IPD Kemaman walaupun santai, program berkenaan amat bermakna terutama kepada mereka yang bertugas di perantauan.
"Walaupun tidak dapat pulang untuk berhari raya, hampir tiga tahun untuk tahun ni, tapi suasana raya itu insyaAllah masih ada.
"Dengan adanya program daripada pihak IPD Kemaman itu sendiri merupakan usaha daripada Ketua Polis Daerah Kemaman sendiri, dia merancang program macam ni, jadi kami semua walaupun tidak dapat balik kampung untuk berhari raya, nikmat dan suasana raya tu masih ada," kata anggota polis, Shahrul Arif Ramli.
Bagi pegawai polis, Insp Intan Abdullah, program seperti ini dapat mengubati rindu kepada keluarga di kampung halaman.
"Macam kami ini, pihak PDRM, tidak semua yang boleh balik raya walaupun PKP sudah habis, hanya 10 peratus sahaja boleh balik beraya tahun ni.
"Jadi dengan adanya program seperti ini, dapatlah mengubati sedikit, walaupun tidak banyak dapat, mengubati sedikit rindu kepada keluarga di kampung halaman.
"Kami sudah anggap warga PDRM ini seperti ahli keluarga kami sendiri," katanya.
Selain hadiah menarik yang ditawarkan, program itu juga bertujuan memupuk semangat kerjasama kejiranan, mengembangkan kreativiti penghuni dan melatih mereka menjaga kebersihan di kawasan persekitaran kediaman masing-masing.
Nur Fazlizai Ali
Tue Apr 26 2022

Lampu pelbagai bentuk menghiasi di kawasan Perumahan Polis Bukit Mentok. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Malam tujuh likur tetap meriah di sebalik PKPB
Tradisi lebih 30 tahun itu terus dipertahankan apabila kerajaan memberi kelonggaran melalui PKPB.